Friday, November 12, 2010

Perjalanan Hidup...

Assalamualaikum...

Jika kita fikir kembali kisah hidup kita yang lalu... adakah ia membuat kita tersenyum lebar, atau mungkin kisah lalu akan membuat kita mengalirkan air mata. Pelbagai peristiwa yang perlu ditempuh, baik suka, duka, gembira, sedih... & segala-galanya. Malah, peristiwa itu juga yang mengajar kita erti hidup. Apagunanya hidup tanpa ada cabaran & dugaan. Ia tidak akan memberi erta kepada kita. Memang sukar untuk kita hadapi semua itu ( dugaan & cabaran ), namun ia mengajar kita erti kesabaran. Sabar dengan apa yang telah ditetapkan kepada kita. Kerna dugaan yang menimpa...... bukan hanya kita yang merasa, namun setiap makhluk yang ada di bumi ALLAH. Adakah kita mampu mengelak daripada semua itu???
Tanyalah pada diri....
Mungkin kita mampu hadapinya, namun kita tidak mampu untuk lari jauh dengan apa yang telah ditetapkan. Sejauh mana kita lari........... namun ianya akan terjadi. Hanya mereka yang kuat ( mempunyai tahap keimanan yang tinggi ) sahaja yang dapat menerimanya dengan hati terbuka & redha atas apa yang terjadi. Mungkinkah kita salah seorang daripada mereka???
Hanya kita yang mampu menjawabnya.... !!!
Walau apajua yang terjadi pada diri kita.... kita sebagai hamba perlulah bersyukur, kerna kita yang terpilih daripada manusia lain. Mungkin ia berat untuk ditanggung... Namun fikirlah Hikmah disebalik apa yang terjadi. Sesungguhnya... setiap apa yang diberi, mesti ada balasan daripada-Nya. Jika kita tidak mampu untuk menempuhnya.... lihatlah mereka yang nasibnya lebih buruk dari kita.. kerna itu akan membuat kita lebih bersyukur dengan apa yang menimpa kita. Kerna masih ada lagi mereka yang nasibnya lebih buruk dari kita.
( Aku juga tidak dapat menerima apa yang terjadi pada diriku. Pelbagai andaian yang aku buat... kalaulah aku... !!!   Jika aku....!!! Kalau aku tahu begini jadinya, aku takkn........ !!! macam2 yang aku fikir.... Tapi ia tidak dapat mengubah apa yang telah terjadi. Malah, terlintas difikiran, kalaulah aku dapat mengubah masa lalu... tentu aku akan......... !!! Biasalah, manusia, jika berlaku sesuatu baru menyesal.. nak buat itu, nak buat ini... macam2 nak dibuatnya.. hehe.. :)  itulah aku. )
Apa-apa pun, kita hanya berdoa yang terbaik untuk diri kita  dan berserah kepada-Nya .. kerna ALLAH sahaja yang mampu mengubah segala-galanya. Aminn....

Wassalam...

2 comments:

  1. stiap hari kta mlalui saat yg bbeza,peristiwa bbeza & pngalaman serta ilmu yg bbeza....bbekalkn pngalaman & ilmu itulah kita lbih bsedia mnghadapi hari muka....^_^.

    ReplyDelete
  2. Yup.. setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza. ilmu yang dapat juga berbeza. Malah, apa yg kita hadapi juga tidak sama. hanya kita yang tahu. Namun, setiap apa yang berlaku.. akan memberi pengajaran kepada kita. Sama2 lah kita menerimanya dengan seikhlas hati.. :)

    ReplyDelete