Wednesday, January 30, 2013

Bila Orang Lain Yang Dilebih-Lebihkan....

Bismillah,  Assalamualaikum...

Sememangnya.. "Menjaga tepi kain org" banyak maksudnya... bergantung pada kita yg menilainya. Ada yg ckp menjaga tepi kain org baik, & ada yg sebaliknya. 

Petikan maksud di bawah nie di ambil dari Santai Sihat:

Menjaga Tepi Kain Orang Lain:
Suatu amalan yang baik dan bertanggungjawab. Inilah amalan yang sememangnya dilakukan oleh masyarakat dahulu yang dikategorikan sebagai kerjasama & saling membantu antara satu sama lain. Dalam ajaran Islam, amalan ini di suruh praktikkan @ hayati di dalam masyarakat iaitu terangkum di dalam suruhan melakukan perkara makruf dan mencegah kemungkaran.

Jangan Menjaga Tepi Kain Orang Lain:
Simpulan bahasa ini sebenarnya ditujukan kepada orang yang lebih sibuk dengan hal orang lain @ kelemahan orang lain tetapi mengabaikan urusan sendiri yang sepatutnya diselesaikan. Rangkaikata tersebut sebenarnya lain yang disebut lain yang dikehendaki. Maksud yang dikehendaki ialah 
"Jangan Menggangu Tepi Kain Orang Lain"

Menjaga tepi kain org itu baik.. ini bermakna kita simpati & mengambil berat ttg keadaan org yg ada di sekeliling kita. Tapi Kalau sampai kain sendiri yg terkoyak msh tidak perasan sshlah. Diri sendiri juga yg malu..... Bukan apa banyak sgt masa diluangkan kpd keluarga org lain berbanding dgn keluarga sendiri. :P Nnt org lain dah berubah, diri sendiri yg masih terkapai2.. :)

Sunday, January 20, 2013

TELEKUNG VIETNAM

Bismillah...

Selain daripada baju muslimah dari (Sinar Inspirasi), tudung, stokin, kerongsang, inner, skirt & sarung lengan, Alhamdulillah.... B'P!NKY juga telah menambahkan produk jualan iaitu 'Telekung Vietnam'. Harga yang di tawarkan InsyaALLAH berpatutan.

Material:
1) Kainnya tebal & lembut
2) Sangat selesa & sejuk bila memakainya
3) Kainnya mempunyai tali supaya mudah untuk dikemaskan
4) Kepalanya juga mempunyai tali

Sebelum saya menjualnya, semua barang yg dinyatakan di atas telah sy cuba terlebih dahulu. Jika saya yakin dengan kualitinya baru saya menjualnya. Tapi kadang-kadang bergantung kepada pelanggan kerana tidak semua sependapat. Ada yang kata sesuai sangat, tapi kadang-kala ada yg kata sebaliknya. Walaubagaimanapun... Alhamdulillah sebelum sy menjual secara online, sy telah menjualnya dari rumah ke rumah... Syukur ramai yg cakap kain telekung vietnam selesa dipakai. Jika ada yg berminat bolehlah PM sy di FB Inspirasi Cintaku @ jemput like di page B'P!NKY Islamic Fashion.

Terima Kasih :)





RM 75 (TERMASUK POS)

























































RM 75 (TERMASUK POS)
RM 75 (TERMASUK POS)
CONTOH PINGGANG KAIN

Saturday, January 19, 2013

SABARKAH KITA.... ?

Bismillah

Sifat yg mulia tetapi paling sukar dilakukan adalah 'BERSABAR'. Diriku jua begitu. Kalau hendak cakap dengan kata-kata memang senang, kerna ia hanya keluar dari bibir. Namun untuk menjadikannya sebagai satu realiti dlm kehidupan kita memang sukar. Emmmm.... macam-macam cara dilakukan supaya bersabar dalam apa jua keadaan, namun pasti keadaan membuatkan kita hilang sabar. Bila emosi sudah tidak stabil, KESABARAN sudah bertukar "KEMARAHAN". Sifat marah akan mengatasi segalanya. Hanya diri kita sahaja yg dapat mengelak daripada berlaku. Kadang-kadang bila seseorang berada dalam keadaan marah & ada pula yg menasihatinya pada ketika itu, semestinya dengan org yg tegur sekali akan terkena tempiasnya.

Saya pernah mendengar ceramah, tp lupa siapa yg sampaikan :) Katanya bila kita hendak marah pada seseorg atau apa sahaja yg membuatkan kita marah, kita jangan terus melemparkan kata-kata yg tidak elok. Cara yg lbh baik untuk menghilangkan marah adalah dengan mengetuk paku di pokok. Setiap kali kita hendak marah, kita mengambil paku & ketuknya di pokok. Lakukan sehingga perasaan marah kita hilang. Kita bayangkan yg kita sedang melepaskan kemarahan pada mereka yg membuatkan kita marah. Setelah perasaan marah kita sudah tiada, kita buang kembali paku yg kita ketuk & lihat apa kesan pada pokok tadi. Mesti pokok akan berlubang-lubang & rosakkan ??? Jadi begitu jugalah hati manusia. Jadi teraplah sikap sabar dlm diri supaya tiada hati yg terluka. Tetapi sy belum mencubanya, cara sy untuk menghilangkan marah hanya mendiamkan diri dalam bilik & menangis meminta kepada-Nya supaya perasaan marah tidak terus menguasai diri. Selain itu, sy akan menumbuk-numbuk bantal ( cian bantalku :D ) & menulis dalam diari. Walau dgn apa cara sekalipun, belajarlah untuk "BERSABAR".

Pesanan Buat Diriku Jua :)

Friday, January 11, 2013

BERANI 2013

♥ Bismillah ♥

Hari nie rasa nak kongsi sedikit ilmu yg diperolehi masa seminar bersama dengan 'DAO'. Seminar berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) iaitu pada 11/01/2013 (Jumaat), masa          2.00 - 5.30 PTG. Tajuk seminar BERANI 2013. Ini sudah kali ke-2 pergi seminar nie. Lagipun ianya percuma, rugi rasanya kalau tak pergi. Kali pertama pergi SEMINAR JUTAWAN INDUSTRI iaitu pada tahun lepas 19/10/2012. Banyok dpt belajar hari ini. Tapinyo Emosi plok doh g seminar kali nie.. huhuuuu Pejamkan mata dan tarik nafas panjang2 melalui hidung & lepaskan melalui mulut. Supaya kita dapat rasa nafas yg diberi-Nya (ALLAH). Agar kita bersyukur yg kita masih berada di sini & terus hidup. Kemudian dalam keadaan tenang, kita fikir apa yg kita impikan utk 10 tahun yg akan dtg. Jika kejayaan yg diimpikan, bayangkan pula wajah tersayang tersenyum lebar. Jika 10 tahun msh sama bayangkan sebaliknya. Mulut2 yg menghina & terus memandang rendah dgn impian kita. Biar org pandang rendah pada kita, jgn biar kita pandang rendah pada diri sendiri. Seperti kata DAO, ada aku kisah. Walaupun tidak daftar utk program yg seterusnya, harap dgn ilmu yg diberikan secara percuma ini dapat diaplikasi. Terima Kasih Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman

1) Fikir
2) Rasa
3) Cakap
4) Bertindak

Jika ilmu yg kita dapat dikongsi kepada org lain, semakin bertambah ilmu lain yg akan kita perolehi. Sama juga dengan bantuan lain. Bila kita kongsi rezeki yg kita ada pada mereka yg memerlukan, semakin banyak rezeki yg ALLAH berikan kepada kita.  

Kalau hendak tahu lebih lagi ilmu yg di kongsi kenalah g sendiri seminar, kalau nak cerita takut tak sama sepertimana yg disampaikan sendiri oleh DAO :)

Terima Kasih :)

Tuesday, January 8, 2013

* CINTAKU *

Bismillah...

Pada awal perniagaan, "Cintaku" hanya menjual tudung bawal & natasha sahaja. Melihat kepada galakan daripada anda (pelanggan), jadi saya mengambil keputusan untuk mempelbagaikan lagi barangan supaya pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli. Antara barangan yang ditawarkan seperti jualan baju muslimah, sarung kaki, sarung lengan, inner ninja & kerongsang.


JENIS-JENIS BARANGAN

BAJU MUSLIMAH

BAJU MUSLIMAH

TUDUNG BAWAL
INNER NINJA

STOKIN WUDHU
STOKIN SEPIT

STOKIN SANDY
SARUNG LENGAN
 Diatas hanya sebahagian daripada barangan jualan. Jika anda berminat bolehlah singgah ke page "Cintaku Collection". Anda hanya perlu klik page yg ada di sebelah kanan atas pada Cbox. 

Terima Kasih :)

Merawat Sembelit

Bismillah...

 

Mengalami masalah sembelit memang menyakitkan. Malah masalah ini jika dibiarkan ia boleh membawa kepada 'BUASIR'. Jadi, bila saya terbaca tips ini dalam page ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA terus nak copy & share pada semua. 

 

 Terdapat 6 pilihan petua untuk merawat sembelit.

 

Pilihan 1: Makan buah pisang atau betik selalu.

Pilihan 2: Ambil 2 biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini 2 kali sehari sehingga sembuh.

Pilihan 3: Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

Pilihan 4: Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

Pilihan 5: Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Minum sebanyak 3 pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

Pilihan 6: Minum air kopi pahit yang tidak bergula sedikitpun, tetapi anda campurkan sedikit garam pada kopi tersebut. Sesudah dibancuh pekat, minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi. Amalkannya dan pasti anda akan buang air dengan mudah dan lancar sekali.

 

Selamat Mencuba :)