Friday, November 12, 2010

Siapakah Dia...

Siapakah Dia...

Siapakah Dia...
Yang sering mewarnai hariku,
seolah-olah matahari tersenyum manja padaku,
dengan hanya sentuman manisnya.

Siapakah Dia...
Yang selalu membuatkan,
jantungku berdegup kencang,
dengan sinar matanya yang menggoda.

Siapakah Dia...
Yang membuatkan lidahku kelu,
untuk menyapanya,
setiap kali bertemuanya.

Siapakah Dia...
Yang sering kali membuat aku,
merasa hampa setiap kali terlepas bayangnya.

Siapakah Dia...
Yang sering hadir setiap mimpiku,
dan membuatkanku tersenyum pabila terjaga.

Siapakah Dia...
Yang selalu membuatkan aku,
merasa rindu yang amat mendalam,
apabila tidak mendengar khabarnya.

Siapakah Dia...
Yang membuatkan aku berharap,
agar aku mendapat,
walau sedikitpun ruang dihatinya.

Siapakah Dia...
Yang membuatkan aku patah hati,
apabila mengetahui bahawa,
dirinya sudah berkasih.

Siapakah Dia...
Yang membuatkan hatiku pilu,
jantungku remuk, ragaku kosong,
hidupku seolah-olah tiada cahaya dan warna.
Menangis sunyi di setiap malam,
saat mengetahui dirinya sudah...
menemui BIDADARINYA yang akan menemaninya,
di Syurga kelak dan,
itu bukanlah AKU.

Nukilan...
Soul-LONELY

No comments:

Post a Comment