Monday, December 31, 2012

Tahun Baru 2013

♥ Bismillah ♥

Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua sahabat-sahabatku. Semoga tahun depan anda akan mendapat lebih kejayaan sama ada di dunia & jua akhirat.

Mungkin ada di kalangan kita yg azamnya belum tercapai & ada antara kita kejayaan lebih dari yg dijangka. Namun, bg mrk yg azamnya belum tercapai, jangan bersedih. Tidak bermakna ia tidak dapat di capai kerna anda mungkin telah mendapat apa yg tidak terlintas dlm fikiran anda tetapi ia sangat bermakna buat anda. Azam tahun 2012 telah tercapai, azam untuk tahun 2013 harap dapat di capai. Apa2 pun tidak kira tahun, bulan, minggu, hari, jam, minit & saat, kita harus mempunyai azam. Cuma bezanya azam untuk jangka masa pendek & panjang.



Sunday, December 30, 2012

~~ DOA ~~

♥ Bismillah ♥
Assalamualaikum... Sahabat :)

Motivasi diri. Untuk berkata-kata memang mudah, kerana semua org blh mengeluarkan pandangan & cadangan msg2. Tetapi ingin menjadikan kata-kata itu sebagai satu realiti sememangnya sukar.

Kata-Kata itu perlu di susuli dengan tindakan. Semoga anda semua terus mencapai kejayaan dlm apa jua yg anda inginkan. Kejayaan seseorang adalah berbeza, jadi sentiasa BERSYUKUR & BERDOA KEPADA-NYA.


 
 Terima Kasih :)

Sunday, November 18, 2012

Kita Punya DIA



"Susah-susah dahula, bersenang-senang kemudian". Untuk berjaya memang tidak mudah dengan apa yang dikata. Untuk cakap itu & ini memang senang. Kenapa tak buat cm niekan senang? Kenapa buat cm2, kan dah rugi? mcm2 lagi kenapa itu, kenapa ini, kalau begitu, kalau begini? Jika selalu dengar ckp negatif daripada org lain, sampai bila-bila kita akan berada di tahap yang sama. Kadang-kadang manusia mempunyai niat yg berbeza dari setiap kata-kata mereka. Apa yg penting kita ambil semua yg mereka katakan supaya kita tidak seperti yg mereka bayangkan. Jika kita mudah mengalah dengan percakapan mereka, bermakna kita lemah & mereka bersorak riang. Sedangkan kita hanya membazirkan mutiara untuk terus mengalir membasahi pipi. Justeru itu, diri kita yg perlu kuat utk berdepan dgn semua keadaan. Saya sendiri akui yg sy mmg seorg yg lemah utk berhadapan dgn org.Tapi sy tetap meminta dan berdoa daripada ILAHI supaya sy dapat berhadapan dengan dugaan & cabaran yg mendatang. Kerna kita ada DIA, dgn bantuan drp-NYA & usaha kita, kita pasti mencapai impian kita :)


Thursday, November 15, 2012

Batu Kesukaan Ku :)

Lebih kurang 11 tahun saya simpan. Ini bukan warna asal, sy sudah mewarnakannya hehe...

Apa yang Anda Suka Simpan???

Ok.. Hari nie nak kongsi pasal barang2 yg sy suka simpan. U all pun mesti ada barang yg U all suka kan. Tapi sy tak adalah sampai obses sgt. Jika ada jom kongsi :)

Apa yg sy suka simpan??? smmgnya apa shj yg org bg semua sy simpan. Emmm... rasa sayang kalau nak buang je. Walaupun brg itu tiada nilai di mata org, tp sy berpuas hati & gembira dgn apa yg saya ada.

Bila g kenduri kahwin mesti dapat sisa kan? Jadi kat bawah nie antara sisa2 yg sy simpan setiap kali g kenduri. Samaada kenduri ahli keluarga, saudara mara, kawan & semua lah, sy mesti simpan. Sampai bunga telur pun syg tak buang. Tp tak sempat nak ambik gambar. Dgn kata lain 'Malas' hehe...
Di bawah nie sy kongsi bbrp kpg gambr barang yg sy simpan dari dulu sampai sekarang :)
        






Wednesday, November 7, 2012

Tudung Bawal

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya ingin berkongsi-kongsi berkaitan dengan tudung bawal. Sememangnya, tudung bawal tidak pernah ketinggalan, ada saja permintaan. Ada bermacam-macam jenis tudung bawal. Antaranya bawal tulang ikan, bawal pelangi batu, bawal bunga rose kecil & besar, bawal sulam, bawal 2 layer & banyak lagi. Pendek kata, tak habis nak cerita pasal tudung bawal nie hehe... Tiap-tiap masa ada saja corak baru yg keluar. Nie tidak termasuk tudung-tudung bukan bawal. Tidak terbilang banyaknya koleksi tudung yg ada.

Buat masa nie saya boleh berkongsi pic tudung bawal sahaja (y)

                                 JENIS-JENIS TUDUNG BAWAL

BAWAL KOSONG 1 TONE
BAWAL TONE BATIK

PELANGI SULAM TANGAN

BAWAL 2 LAYER

TONE TULANG IKAN

BAWAL MANIK

BAWAL SULAM MESIN

TONE BERLIAN






Tuesday, November 6, 2012

~Lumrah Hidup~


Alahai... ada sahaja yg xkena. Itu salah, ini salah. Jadi TOLONG bagi tahu apa yang betul & apa yg tak betul supaya dapat dibetulkan. Memang sudah menjadi lumrah alam, apa sahaja yang dilakukan dalam hidup tidak semua orang suka. Malah yg lebih menyakitkan bila ada saja mulut2 yg suka mengkritik itu ini. Jika kritikan membina tak apalah juga. Masalah2!!!

Tapi tak mengapa, sepertimana peribahasa Melayu "Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali" & Bersusah-susah Dahulu, Bersenang-senang kemudian, Bersakit-sakit Dahulu, Bersenang-senang Kemudian". Sememangnya untuk hidup senang bukan mudah seperti sebiji bola bila dilepaskan dari atas terus sahaja turun tanpa halangan, tetapi ia seperti buah durian, perlu menunggu supaya akan mendapat hasil yg baik. Malah, kadang2 ia tidak seperti yang kita impikan. Apa yg penting sikap tidak berputus asa perlu supaya kita dapat mencapai apa yg menjadi impian kita, walaupun ada yg tidak menyukainya. Jika memikirkan tentang manusia yg ada disekeliling, sampai bila2 kita tetap berada di bawah, kerna kita TIDAK boleh memuaskan hati semua orang, tapi sekurang-kurangnya ada yang suka dengan apa yang kita lakukan terutama 'EMAK' kita. Hanya doa & keredhaannya sudah cukup untuk kita berjaya. Disamping berdoa kepada ALLAH S.W.T. "Orang Suka Melihat Orang Lain Susah,  Susah Melihat Orang Lain Senang".

Tuesday, May 22, 2012

Salah Siapa???


SALAH SIAPA???

Hidup ini penuh dengan cabaran & dugaan. Banyak perkara buruk seperti jenayah telah berlaku. Jadi, kita sebagai manusia harus bijak mencari punca yang menjadi penyebab berlakunya hal sedemikian. Malah, kita juga perlu mempunyai strategi untuk mencari jalan penyelesainya yang berkesan supaya hal sedemikian sedikit sebanyak akan berkurangan & hilang dari pandangan mata kita.

Kita sering berharap bahawa suatu hari nanti kita akan mendapat zuriat yang soleh & solehah. Namun kita lupa bagaimana cara untuk membentuk anak supaya menjadi seseorang yang kita impikan. Memang tidak dinafikan, jika kita bertanya pada ibu-ibu mahupun bapa, jawapannya tetap sama, iaitu mahukan zuriat yang berakhlak mulia. Tetapi pernahkah kita berfikir & bertanya pada diri kita sendiri bahawa layakkah kita untuk mendapat apa yang kita inginkan sedangkan kita sendiri tidak ada seperti mana yang kita harapkan untuk anak kita.

Kita sebagai hamba Allah S.W.T tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, malah kita sendiri tidak sedar kita pernah melakukan kesilapan tersebut. Namun, ini bukan alasan untuk kita terus melakukan kesilapan. Tetapi pernahkah kita renung kenapa kita jadi sebegitu?. Mungkinkah salah ibu bapa yang tidak pandai mendidik anak-anak dengan baik??? @ Mungkin juga salah kawan-kawan yang ada disekeliling kita yang sering memujuk kita supaya berkelakuan tidak baik, @ mungkin juga terpengaruh dengan media massa @ mungkin juga di sebabkan diri kita sendiri yang tidak bijak mengawal kelakuan sendiri???. Banyak pihak yang disalahkan. Jadi Salah Siapa sebenarnya???

IBU & BAPA

            Kita sering kali mendengar ungkapan seperti ini “Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi”. Setiap apa yang dilakukan oleh anak-anak mesti ibu bapa yang terkena tempiasnya. Semestinya ibu bapa yang akan di salahkan. Malah, kita juga pernah mendengar kata-kata seperti ini “ anak sapalah yang buat kerja-kerja macam ni, dah tak ada kerja lain ke nak buat, asyik mencuri ajelah kerjanya”. Ibu bapa lagi yang disalahkan, sedangkan mereka tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Kenapa kita tak sebut saja nama pelakunya, kenapa mesti nama ibu bapa yang popular???. 

            Memang tidak boleh dinafikan bahawa ibu bapa memang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik & membentuk anak-anak supaya menjadi insan yang berguna. Namun patutkah ibu bapa yang disalahkan jika anak-anak mereka menjadi seseorang yang tidak berguna kepada masyarakat???. Ya, memang kadang-kadang ada dikalangan ibu bapa yang tidak melakukan tanggungjawab tersebut. Anak-anak terlalu manja & ibubapa terlalu memberi kemewahan kepada anak-anak mereka. Malah, tidak kurang juga yang memberi apa saja yang diinginkan oleh anak-anak mereka seperti kereta, motosikal & sebagainya. Namun, ianya bukan menjadi penyebab anak-anak berkelakuan tidak baik. Anak-anak harus berfikir dengan positif, ibubapa sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembirakan anak-anak kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka mengalami kesusahan yang sama sepertimana mereka dahulu. Namun, segala yang diberikan seolah-oleh tidak dihargai oleh anak-anak mereka. Malah, mereka juga yang disalah kerana terlalu memanjakan anak, & mengikut apa sahaja yang diminta oleh anak-anak mereka. Contoh dalam cerita “Anakku Sazali”. Bapanya yang disalahkan kerana memberi apa sahaja yang beliau inginkan, memberi kemewahan & sebagainya. 

            Jadi, jika kemewahan yang menjadi penyebabnya, namun kenapa ada yang hidup dalam serba kesederhanaan & kemiskinan ada anak-anak mereka yang melakukan jenayah & sebagainya. Kalau ditanya, kenapa memilih jalan negatif untuk meneruskan hidup??? Katanya, hanya ini yang mampu dilakukan, hidup kami susah seperti pepatah lama "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Ibu & Ayah tak mampu nak menyara kami sekeluarga, tambah lagi dengan adik beradik yang ramai. Malah, saya tak dapat melanjutkan pelajaran kerana keluarga tidak ada wang yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan saya jika saya meneruskan pelajaran saya kelak. Jadi, saya mengambil jalan pintas dengan melakukan perkara yang tak sepatutnya. Malah, saya lakukan ini juga disebabkan keluarga saya, supaya mereka dapat hidup dengan selesa. Jika ibu & bapa saya kaya, tidak mungkin saya akan jadi seperti mana saya sekarang. Dalam situasi begini pun ibu bapa juga yang disalahkan kerana tidak mempunyai kewangan yang kukuh bagi menampun keluarga sedangkan yang kaya juga begini.

            Ada satu lagi yang menjadi sebutan orang. “ anak ustaz tapi perangai macam syaitan”. Ibu bapa juga yang disalahkan. Kita pernah mendengar lirik lagu yang berbunyi, 

Iman adalah mutiara di dalam hati manusia,
Yang menyakini.. Allah..
Yang maha Esa.. Maha kuasa,
Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang ayah yang bertakwa,
Iman tak dapat dijual beli,
Ia tiada di tepian pantai.

Jadi, tidak semestinya seseorang yang lahir daripada keturunan ahli agama akan menjadi ustaz dan sebagainya. Namun ianya tidak akan menjamin bahawa anak-anak mereka juga akan menjadi seperti mereka. Malah, tidak mustahil seseorang yang lahir daripada golongan yang biasa juga menjadi seseorang yang berguna. Jadi, kita tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi pada masa mendatang, mungkin sekarang kita jahat, namun tidak mustahil jika kita akan berubah menjadi yang lebih baik dari mereka yang baik & sebaliknya. Hanya Allah S.W.T yang menentukannya.

Surah Al-‘Ankabut (29)

Ayat 8 yang bermaksud:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku ( Dalam Ibadatmu ) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Aku-lah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

KAWAN-KAWAN

            Bagi ibu bapa, mereka sering menyalahkan orang lain jika anak-anak mereka berkelakuan tidak baik. Yang sering menjadi mangsanya adalah kawan anak-anak mereka. Kalau betul kawan-kawan yang menjadi penyebab anak-anak mereka berkelakuan tidak baik, jadi tak perlu bagi anak-anak kita berkawan dengan sesiapa sahaja, biar anak-anak ada disamping kita sahaja. Tidak perlu bergaul dengan orang, jika sikap begitu ada dalam diri ibu bapa. Namun, pernah ke Ibu Bapa terfikir bahawa anak mereka sebenarnya yang mengajak anak orang lain melakukan sesuatu yang tak baik. Tapi, bagi menutup aib sendiri, baik dia salahkan orang lain dulu sebelum anak mereka yang disalahkan. Apa-apa pun, kita yang hidup dalam bermasyarakat perlu prihatin dengan apa yang belaku di sekeliling kita dan bukan menunding jari mencari siapa salah. Seharusnya anak-anak harus bijak membuat keputusan dan bukan hanya mengikut apa sahaja yang dilakukan. Keputusan pertama itu yang akan menentukan hal yang akan terjadi untuk masa mendatang.

Contoh situasa 1:

Azman:  Hafiz, esok hari minggu, kau buat pe?
Hafiz:      Tak de buat pe. Nak ulang kaji pelajaran je.
Azman:  Alah kau nie, asyik belajar je, tak penat ke? Jomlah kita kuar lepak?
Hafiz:    Belajarkan penting untuk masa depan kita. Kalau kita tak belajar apa akan jadi untuk masa depan     kita. Tak nak kuarlah. Lagi pun aku tak suka lepak-lepak cam nie, buang masa je.
Azman: Alah, apalah kau nie. Aku tahulah, tapi takkan lah asyik nak belajar aje. Otak kite juga perlu rehat juga. Kalau asyik belajar je, nanti boleh stress beb. Jom r teman aku kuar. Sekali nie je, aku tak de kawan lain dah nak ajak kuar. Jom r.
Hafiz:    Aku bukan tak nak tapi..!
Azman: Tapi apa agi, jomlah… bukan lama pun, sebelum malam kita baliklah.
Hafiz:     Oklah, tapi kali nie je aku kuar. Lain kali jangan ajak aku agi.
Azman. Ok.
Dalam situasi diatas. Agak-agak Hafiz akan ikut lagi @ tidak Azman untuk keluar pada masa mendatang. Ingatlah keputusan yang dilakukan harus bijak. Tidak salah jika kita keluar untuk menghilangkan stress, tapi pilihlah jalan yang betul supaya kita akan mendapat kebaikan diatas apa yang kita lakukan. Malah, kita jangan mudah mendengar pujuk rayu orang lain, walau ia kawan kita sendiri. Jika mengajak kearah kebaikan ikutlah mereka, tetapi jika sebaliknya, jauhilah ia atau ubahlah ia dan jangan pula dia yang mengubah kita kearah yang tidak baik.

Contoh Situasi 2:

Hafiz   : Man apa yang kau buat2?
Azman: Buat apa? Tak de buat pelah?
Hafiz   :  Man, kau jangan tipu akulah, aku Nampak kau sorok kotak kat aku. Aku nampaklah. Kotak apa2 Man?
Azman: Mana ade.
Hafiz   : Jangan tipulah, ingat aku bodoh ke? Aku Nampak Man. Kotak pe Man. Kotak rokokkan Man?
Azman: Kau nie. Kotak rokok je pun, bukan aku punye pun.
Hafiz  : Man.. Man.. Kau ingat aku nie budak ke. Bau pun aku dah tahu, 2 pun nak tipu lagi. Lagipun hanya kita berdua je kat sini. Takkan hantu kot nak hisap rokok.
Azman: Alah, kau nie Fiz. Aku nak try je.
Hafiz:   Memang lah pada mulanya kau nak try. Tapi, Rokok2 akan buat kita ketagih. Mula-mula kau merokok, lepas nie apa pula yang kau nak try. Tak salah kau nak try apa yang kau nak, tapi try lah benda lain. Try lah makan buah-buahan ke, lagi bagus dapat menyihatkan badan hehe...
Azman: Aku tahu r. Aku tengok kawan aku hisap, jadi aku trylah. Mereka siap makan pil lagi. Makan pil                apa aku pun tak tahu, katanya hilang semua masalah.
Hafiz   : Memang lah betul katanya. Makan pil akan hilang semua masalah sebab kita dah tak sedar apa yang kita buat selepas2. Tapi, kita perlu fikir untuk masa akan datang. Sedangkan ubat yang kita makan untuk menyembuhkan peyakitpun akan bagi kesan negatif, inikan pula pil yang tak tahu dari mana datang dan dari apa diperbuatnya. Yang kita tahu telam je.
Azman: Oklah Hafiz. Terima kasih atas nasihat yang diberikan. InsyaAllah lain kali aku tak kan buat lagi. Aku akan jadi diri aku dan tidak akan mengikut apa yang dilakukan oleh orang lain.

Jadi, jika kita lemah untuk menolak apa yang diberikan oleh kawan kita dan kita menerimanya, jadi jangan kita salahkan kawan kita. Takkan kawan kita nak mencuri, kita pun akan turut mencuri. Ingatlah setiap apa yang kita lakukan adalah bergantung pada diri kita. Kawan sebagai syarat untuk ibu bapa mencari penyebab anak-anak mereka berkelakuan tidak baik. Sedangkan Ibu Bapa sendiri tidak tahu hal yang sebenar belaku disebalik apa yang berlaku. Mereka sering menyalahkan apa yang mereka nampak di depan mata mereka sahaja, tetapi kebenaran yang sebenar tidak diselidik terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan yang sepatutnya. Jadi, salah Siapa??? Kawan-kawan anak-anak anda ke??? Fikirlah sebelum membuat keputusan dan fikirlah sebelum membuat segala tuduhan pada yang lain.

MEDIA MASSA

            Kita sering menonton drama, filem mengenai kisah remaja yang terlalu bersosial. Malah dalam majalah, surat khabar juga banyak disiarkan. Jadi, apa kaitannya dengan anak-anak kita. Pernah juga mendengar kata-kata seperti, apalah media nie asyik tunjuk benda yang tak senonoh aje, cerita sekarang pun banyak yang menjolok mata, nanti anak aku pula ingin terikut-ikut. Tapi kenapa kita perlu salahkan media atas semua yang berlaku kepada anak-anak kita. Sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mereka. Namun, kenapa pula kita tidak memuji iklan yang mahukan anak-anak kita menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Kenapa kita sebagai ibu bapa sering melihat perkara yang salah untuk dibesarkan sedangkan kita boleh mengambil yang baik sebagai tauladan. 

            Malah ada juga anak-anak yang terikut-ikut dengan gaya artis. Menyebabkan ibu bapa marah kerana anak-anaknya berpakaian tidak senonoh. Tapi kalau kita fikir, salah orang lain ke jika anak mereka yang nak berpakaian begitu. Ya, memang kalau ikutkan salah kerana artis adalah idola meraka dan mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh idola mereka sama ada cara berpakaian, percakapan dan sebagainya. Jadi, mereka perlu menjaga segala-galanya. Namun,  mereka tidak boleh disalahkan kerana mereka yang bukan daripada golongan artis juga berkelakuan yang tidak baik. Tetapi, kita yang mempunyai fikiran untuk berfikir, kenapa perlu mengikut orang lain sedangkan banyak hal lain yang kita bolah ikut. Malah, kenapa kita tak ambil idola yang terbaik untuk menjadi ikutan, kenapa kita nak ikut yang tak baik. Jadi fikirlah sendiri kerana ia akan membentuk tingkah laku kita sendiri. Contoh Rasulullah S.A.W. Kita semua tahu bahawa baginda mempunyai perilaku yang mulia, tetapi kenapa kita tidak mengikut tingkah laku beliau. Kenapa perlu meniru yang tidak sepatutnya. Jadi, Salah Siapa??? Media Massa ke??? Fikirlah untuk diri anda, yang baik dijadikan TAULADAN dan yang buruk dijadikan SEMPADAN.