Tuesday, December 24, 2013

Seminar Magnet Jualan

Assalamualaikum...


Malam nie rasa nak berkongsi ilmu baru yang diperolehi oleh guru niaga :)


Kenapa bisnes gagal ????


Kenali 3 jiwa yang ada :

1) Pengusaha (10%) - Hidup masa akan datang

2) Pengurus (20%) - Hidup masa lampu

3) Pembuat (70%) - Orang yang berada di dalam (gagal)


Kadang-kadang saya sendiri pun tidak tahu.. saya berada kat jiwa mana hihii


Tahu buat produk, tidak bermakna tahu berniaga !


1) Mentaliti

~ Ramai orang fikir nak berniaga mesti tahu buat produk.


Ego = 1 / Knowlegde


0.1   = 1/10     = Ego tinggi, elmu rendah (Rasa diri hebat sangat)

0.01 = 1/100   = Ego rendah, elmu tinggi (Rasa ilmu sentiasa tidak cukup)


2) Kawan

i) Modal ilmu

ii) Modal Pengalaman

iii) Modal ihsan / kepercayaan

iv) Modal sosial - Berapa ramai orang yang kenal kita, bukan kita kenal orang.


3) Cara Kerja

~ Fahami secara jelas

# Tak ada ilmu

# Tak faham apa yang dibuat


Contoh, nak cuba kot-kot jadi

- Dalam bisnes perlu buat betul


(Masa dengar.. betul-betul kena atas batang hidung heheee)


~ Tak ada guru

~ Tak ada sistem

 

4) Elmu

~ Kalau ke kelas / seminar kosongkan otak supaya ilmu yang diperolehi mudah dihadam. Otak yang kosong akan diisi dengan ilmu baru. 

 

 

Contoh, datang dengan otak kosong... memudahkan kita untuk dapatkan ilmu baru. Ilmu akan masuk, masuk & terus masuk. Tetapi sebaliknya, jika kita pergi dengan ilmu yang penuh didada. Kita akan mudah bosan & merasa kita sudah tahu segala-galanya. Akhirnya otak kita tak dapat terima apa ilmu yang disampaikan... :)


Sekian dulu.. hehee... Terima kasih sudi membaca ;)

Monday, December 23, 2013

FORMULA B-A-S-I-T

Assalamualaikum... pada 21/12/13 (Sabtu) dapat berguru dengan Tuan Abdul Basit yang baru berusia 24 tahun.. tetapi sudah mempunyai 7 buah syarikat :)

 

Pelbagai ilmu yang di ajar antaranya:

 

FORMULA B-A-S-I-T

 

Apa itu Fomula B-A-S-I-T ??? Tak pernah dengan pun hehee... Jom baca seterusnya.. saya kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari beliau...


B = Berguru

i) Dengan individu yang TERBUKTI BERJAYA
~ Belajar dengan orang yang terbukti berjaya kerana beliau akan mengajar kita langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan sepertimana yang beliau kecapi.

~ Cari sekurang-kurangnya 10 orang guru.

 

ii) Guru Gagal

~ Beliau akan menceritakan kegagalan beliau. Daripada cerita yang diberitahu, sekurang-kurangnya kita belajar & tidak melakukan kesilapan yang sama.

 

iii) Guru di Facebook

~ Perkenalkan diri, puji guru & baru nyatakan apa yang kita inginkan daripada beliau. Jangan terus dengan tujuan kita kerana mereka tidak mengenali kita. Orang tidak suka bercerita dengan orang yang mereka tidak kenali.

 

"ELAKKAN KENYATAAN - MENTANG-MENTANG DAH BERJAYA SOMBONG DAH SEKARAN" bagaimana kita tahu seseorang itu sombong ???

~ Cari yang dalam industri yang sama. Jangan nanti minat menjahit.. tetapi berguru dengan tukang masak hihihii ;)

 

A = Adab / Sikap

~ Sepertimana yang diterangkan di atas :)

S = Strategi

Cuba selesaikan teka-teki "Bagaimana cara nak masukkan gajah dalam peti ais"??? 

~ Apa yang kita nampak di depan, membuat apa yang kita fikir.

~ S - O - P = 

S = Standard

O = Operation

P = Procedure

 

~ Buat apa yang ditulis, tulis apa yang dibuat

~ Cara kerja biasa

~ Apa yang kita tahu, tapi tak tulis = kita mudah lupa :) - skill boleh di pindah

 

Contoh, KFC = Ayat yang digunakan oleh pekerja adalah sama untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

I = Iman / Istiqomah
~ Jelas apa yang kita mahu
~ Yakin & sentiasa meminta dari Allah S.W.T

~ Jangan terlalu mengharapkan kepada manusia

T = Tindakan
~ Lakukan "Tindakan 2%"
~ Tidak semua orang mampu untuk memulakan 100% tindakan.. jadi mulakan dengan peratusan yang sedikit

Sekadar berkongsi apa yang diberi oleh guru ;) Semoga anda berjaya dunia & akhirat:)

Terima Kasih :)

Sunday, December 22, 2013

TEORI EMPANGAN

Assalamualaikum... :)

Siapa pernah dengar TEORI EMPANGAN ?


Menghasilkan satu empangan memerlukan strategi & perancangan. Dimana sesebuah empangan memerlukan saluran (paip) yang baik. Tanpa saluran.. air tidak dapat mengalir dengan baik. Nisbah untuk empangan tersebut rosak adalah tinggi.

Sekiranya empangan rosak... ia akan menyebabkan kos untuk baiki semula adalah tinggi.

Apa kaitan empangan dengan perniagaan ?
Empangan adalah umpama kedai @ kilang. Saluran adalah pelanggan & tempat. Sekiranya kita membuka kedai tanpa ada pelanggan, ia akan menyebabkan kita mengalami masalah. Antaranya lebihan stok, masalah kewangan & lain-lain. Tetapi jika sudah ada pelanggan sebelum kedai di buka.. perniagaan yang dijalankan adalah lebih baik ;)

Pesanan guru:

Daftar sebagai EJEN DROPSHIP adalah lebih baik untuk anda yang ingin mencuba kerana ia TIDAK MEMERLUKAN MODAL & TIDAK PERLU SIMPAN STOK. ;)

Terima kasih.. semoga anda kaya & berjaya dunia & akhirat :)


Wednesday, December 18, 2013

TESTIMONI NORAZMAN 40kg Turun Berat Badan


Tenaga Luarbiasa
------------------

Alhamdulillah, petang cuaca baik...layan jogging sekejap dan buat senaman ringan...kalau dulu saya memang elergik kalau kena suruh berlari. Lutut la alasan utama saya, tapi memang sakit...nak buat camana, badan besar kaki kecik....

Sekarang amat berbeza dari segi tenaga, walaupun belum dapat berat badan yang ideal tapi saya dah boleh buat menda yang memang dulu amat mustahil nak buat. Badan rasa lebih ringan berbanding sebelum ni....hihi...memang ringan la, sebab dah lost lebih 40 kg.

Orang tanya camana saya buat, saya jawab "Guna produk Herbalife sungguh-sungguh, jangan kedekut sebab anda akan rasa sendiri perasaan tu."

Herbalife bukan seperti banyak produk yang saya lihat di pasaran yang promo macam-macam kelebihan tapi hanya pengguna yang dibayar untuk promosi. Herbalife tak bayar saya untuk promosi, tapi saya cerita manfaat yang saya dapat supaya ramai orang boleh guna. Bukan stakat untuk kurus sahaja tapi untuk performance atau prestasi. Duta bukan dari kalangan artis ternama tapi dari kalangan atlet atau ahli sukan bertaraf dunia yang memang perlukan prestasi dalam bidang mereka...

Anda dah shake hari ni...? Kalau belum dan cuba, meh terai ngan saya, saya ajar cara saya turun berat serta dapat energi dan prestasi....

 

Perkongsian:
Norazman Md Noh
Pengamal Nutrisi

TESTIMONI PAK CIK ISMAIL

Saja nak share, pakcik ni umur 75 tahun, anak 9 orang, jalan naik tangga guna tongkat, dia cerita dia memang tak percaya pasal herbalife langsung, dia hanya percaya ubat doktor hospital bagi. Tapi penyakit dia tak baik pun. Katanya dah lama makan ubat.

Tapi lepas anaknya bagi nutrisi, dia pergi cek doktor, doktor kata kolestrol dia ok, gula dia ok, dia pun pelik, dia datang ke kelab kami kongsi testimoni dia dan dia bagitau semua orang mesti makan nutrisi ni...semua orang kalau nak sihat....sebab dia rasa sendiri. Menurut anaknya beliau masih boleh berkebun hingga sekarang....

Subhanallah, luarbiasa testimoni Pakcik Ismail ni....

Perkongsian:
Norazman Md Noh
Pengamal Nutrisi Kuala Kangsar

Tuesday, November 12, 2013

Hobi baru hihii :)

Assalamualaikum... aktiviti hari ini.. buat keychain angry bird untuk anak saudara.. hihi :) Bekeng molek... sebab dah kena gantung, tak boleh nak serang musuh lagi huhu.. :)




Ini aktiviti minggu lepas keychain L-O-V-E :)


Nanti nak buat yang lain pulak hihiii... Jomlah buat sendiri.. puas hati bila siap :)

Thursday, November 7, 2013

Kraftangan Felt

Bengkel kraftangan felt. Dah lama nak belajar buat kraftangan felt, tapi tak jumpa siapa yang nak ajar. Sehingga jumpa satu page yang menganjurkan bengkel. Tak lepaskan peluang, jadi terus daftar. Best juga belajar buat benda nie.. :)

Masa bengkel dijalankan
3 daripadanya hasil dari belajar kat bengkel
Hasil kerja kat rumah



Alhamdulillah... akhirnya dapat buat sendiri. Walaupun habis jari tercucuk jarum nak jahit. Separuh dah siap jahit, benang pulak tersimpul huhu... terpaksa jahit semula dari mula. Sabarjelah hihii.. Jadi jom buat sendiri :)

Thursday, October 31, 2013

KELAS BISNES ON9 PERCUMA

Bismillah

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga nak join kelas bisnes on9 dgn Kak Chik. Walaupun PERCUMA tetapi banyak ilmu yang bermanfaat yang beliau kongsikan. Suami beliau juga sama-sama berkongsi ilmu berkaitan domain & hosting.

Apa yang beliau belajar dari sifu beliau "Dr. Azizan" beliau kongsikan juga pada kami. :)

Perkara utama yang beliau nyatakan "Nak berjaya dalam bisnes MESTI banyak berkongsi" Kongsi bukan sahaja dari segi WANG RINGGIT, tetapi ilmu juga perlu di kongsi.

"JANGAN KEDEKUT @ TAKUT NAK KONGSI ILMU DENGAN ORANG" walaupun kita bagi ilmu yang sama, tetapi tidak bermakna mereka akan dapat melakukan hal yang sama seperti kita lakukan. Masing-masing mempunyai kreativiti. :)

Cth, Tukang jahit mengajar anak muridnya, segala ilmu telah diperturunkan.. persoalannya adakah jahitan yang dilakukan sama sepertimana cikgu yang mengajar.:)


SESI PEMBELAJARAN
SESI PEMBELAJARAN
PELAJAR YANG SERTA KELAS BISNES ON9 FREE

SUKA ke kutuk !

Biasa orang kutuk makan banyak... tapi bila kurang makan nak diet.. ada juga yang mengata... :) Tapi Alhamdulillah.. bila dah dapat hasil yang baik.. ada pulak yg bertanya... Aik cergas sekarang.. g sana g sini.. bukan main aktif lagi.. Badan pun dah nampak kurus/sihat/bertenaga. Amboii.. makin bersemangat nak diet hihii... Biasa tak nak cuba.. skali kena paksa.. terus minum.. bukan apa utk kesihatan diri juga.

Biasa mengeluh.. penat.. buat kerja sikit pun dah mula rasa mengantuk. Tapi dengan Izin-Nya. Mendapat kesihatan yg lbh baik. :)
Semuanya bermula dengan DIRI SENDIRI !

GANGGUAN EMOSI !

Kalau tengok program "Bisikan Hati" sedih juga ya... ketuk orang sesedap rasa. Muka jerawat kutuk... katanya hodoh.. Badan berisi kutuk.. katanya makan banyak.. Kawan-kawan makin hari makin jauh.. tak nak kawan katanya malu... huhu... 


Sebab 2 orang sanggup buat apa shj untuk cantik @ untuk kurus. Kadang-kadang ada yang mengancam nyawa sendiri. Salah satu punca daripada gangguan emosi daripada orang2 sekeliling yang banyak memberi tanggapan negatif daripada memberi sokongan.. huhu..

Salah satu kisah yang lagi menyedihkan bila suami sendiri makin jauh. Katanya bila berjalan bersama-sama, kawan2 yang tak kenal mereka suami isteri.. menganggap isteri adalah kakak... Ini menunjukkan beliau lagi tua dari suaminya. Suami malu & mula marah-marah.

Jadi, jagalah kesihatan & jagalah pemakanan anda. Saya yang dengar orang kena kutuk pun sakit hati.. inikan pula tuan punya diri.

Monday, September 23, 2013

Zero 2 Hero

Kenangan bersama Arcelona & suaminya Ronald >> Indonesia

Masih muda... tapi semangatnya sangat luar biasa. Walaupun tengah mengandung... tetapi bila bercakap memang best. Bersemangat sangat. SANGAT-SANGAT LUAR BIASA !!!

Cerita jatuh bangun beliau dlm herbalife memang membangkitkan semangat anak2 muda yg jain Zero 2 Hero.

Banyak sangat kata2 semangat yg beliau bagi

"Anything is possible so dream big"

Niat beliau memang jelas dlm herbalife "INGIN MEMBANTU LEBIH RAMAI ORANG UNTUK JADI LEBIH SIHAT & MENINGKATKAN TAHAP KUALITI HIDUP"




Hal yang paling menyentuh hati.. beliau siap bawa salah seorang mangsa TSUNAMI DI ACEH (Nama adik 2 saya lupa). Kenal masa nak mintak kerja dgn Lona.

Masa kejadian tersebut... beliau baru berusia 13 tahun & dlm kejadian tersebut.. beliau telah kehilangan tempat bergantung. Malah kepala beliau juga cedera & telah digantikan dengan tengkorak mayat yang lain.. Antara pekerjaan yg beliau buat untuk mendapatkan rezeki adalah sbg penyanyi jalanan. Tetapi dengan semangat beliau yg kuat... beliau dpt melanjutkan pelajaran & menjadi pelajar terbaik. Semoga beliau berjaya & dapat membantu lebih ramai lagi orang

JOM LIKE >>> Amalan Nutrisi Sihat

Friday, September 13, 2013

Kenangan Krew Sukarelawan SJI

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah... selesai program Seminar Jutawan Industi. Kali pertama jadi krew best juga hihii... dari mula sampai hbs program duk senyum :) Yalah kalau kita senyum... org pun tak adalah takut nak b'tanya kan.. :)

Tapi tak sempat nak ambil gambar.. huhuu Hanya bbrp keping je yg sempat ambil buat kenangan.
Gambar nie kenangan bersama Kak Chik "Pengusaha Abaya Elegan Lovers". Walaupun dah berjaya tapi sangat baik... seronok borak dgn Kak Chik pasal perniagaan walaupun hanya sebentar sahaja.
 


 


Tuesday, September 10, 2013

KESAN POSITIF CUBAAN PERTAMA

Rata-rata yang saya jumpa... mereka kebanyakkannya sanggup membelanjakan wang apabila sakit sudah mula melarat. Tak kira brp banyak.. yg ptg kembali sihat. Pantang ada org promote produk, semua sanggup cuba.

Anda macam mana????

Saya pun macam 2 juga sebenarnya hihihiii.. G mari... g mari ke klinik setiap kali sakit... Walaupun dpt ubat yg sama.. tp rasa mcm puas hati bila dah rujuk pada yg pakar :)  Tapi rasa malas nak makan ubat :P  tapi nak sembuh huhuu...

Akhirnya sy ambil keputusan untuk mencuba HERBALIFE, walaupun dlm hati berkata.. mak oiii.. mahalnya.. nak g cari duit manalah huhuu... :)  tapi nak buat mcm mana kenalah berusaha spy dpt mencuba... :)  Biar pun duit tabung digunakan hihiiii..

Saya mulakan dgn minimum HERBAL ALOE. Setelah 1 bulan... bila nampak kesan positif.. sy cuba Formula 1.

Alhamdulillah... kesan:
Masalah kesihatan yg saya hidapi semakin baik.. segalanya dengan izin-Nya & sentiasa meminta dgn-Nya supaya diberi tubuh badan yg sihat. Apa yg ptg, apa niat kita yg sebenar utk sihat. :)

JOM SIHAT BERSAMA Amalan Nutrisi Sihat :)

Tuesday, August 20, 2013

BESTNYA

Ayat yang selalu di lontarkan bila cakap pasal perniagaan... "Bestlah... ada perniagaan sendiri." Huhuu..

Nampak mata kasar memang best.. semua benda kita buat sendiri. Ambil order, bungkus & sebagainya. Tapi, bukan semua manis huhuuu...

Kadang-kadang macam2 gelagat pelanggan yang saya jumpa. Ada yg senang nak berurusan.. order sekali terus bayar. Ada juga yg order 1 minggu, last2 senyap tak ada maklum balas. Tidak kurang juga yg mintak simpan.. cukup bulan nak bayar.. tapi bila tiba masa kata tak jadi.. huhuu... Yang paling pahit.. diam tak kata apa2.. (Tapi itu semua rezeki dari-Nya)

Tapi... sebagai peniaga semua perlu ditelam :) Almaklumlah "Pelanggan selalu betul". Walaupun saya peniaga... saya juga pengguna. Apa yg saya tengok, kadang2 bukan semua peniaga yg salah... huhuuu... Cuma peniaga lebih banyak mengalah supaya tiada hati yg terasa & pelanggan berpuas hati.

"Peniaga boleh faham perasaan pelanggan sebab mereka juga pelanggan, tapi tak semua pelanggan yang boleh faham keadaan peniaga"

(Agak2 kalau jadi pada diri anda sendiri apa yg anda buat??? )

Kita memudahkan urusan orang lain.. InsyaAllah.., Allah pasti akan memudahkan urusan kita.:)

MANA SAMA

Kalau dulu.. susah nak dapatkan baju muslimah. Kalau ada pun.. corak & design tak cantik berbanding dengan t-shirt biasa. Tapi sekarang.. pelbagai design ada. Kadang2 dah tak tahu nak pilih yg mana satu :) Semua nak.. duit je tak berapa nak tebal hihiii... (sayalah nie huhuuu).

Mula2 sy jumpa design baju muslimah masa belajar kat 'U'. Corak paling popular.. corak kartun.. sesuailahkan dengan perempuan hehee... Jualannya sangat mendapat sambutan. Saya tak tahu berapa pasang saya beli.

Di sebabkan saya suka dengan t-shirt 2... jadi, saya mengambil peluang untuk bekerja dengan pemilik kedai tersebut masa ada ekspo... Kalau kerja, dapatlah dengan harga murah hihiii... :P Sambil 2 ambil lebih sikit sbb nak bawa balik jual kat kampung.

Almaklumlah.. bos sangat baik. Jadi, senang nak kira2 harga. Malah, dia pun bagi galakan. Jadi apa tunggu lagi.. rembat je hihiii..

Orang baik... kita pun senang hati:)

Friday, August 16, 2013

KENAPA HERBALIFE???

Ramai yg tanya kenapa nak minum Herbalife??? Badankan dah kurus..
Sebenarnya.. saya paling tidak suka untuk mencuba produk kesihatan sbb takut tak menjadi, tipu & banyak lagi.

Tapi melihat abang & kakak saya cuba, Alhamdulillah telah nampak hasilnya. Kesihatan semakin baik & bonus berat badan menurun. Keberkesanan produk b'gantung pada kerajinan & disiplin kita untuk sihat. Kita juga perlu yakin dengan produk yg kita cuba. Bukannya cuba 1 minggu dah merungut.

Jadi, asyid melihat testimoni org lain je... saya ambil keputusan untuk mencuba sendiri. Sebab menarik saya untuk mencuba adalah supaya saya dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan diri. Almaklumlah penyakit semakin melarat.. kalau dibiarkan saya bimbang menjadi lebih teruk. Kalau dah teruk, nak cuba apa2 produk pun dah tak guna..

Antara penyakit yg dihidapi:
1) Migrain
2) Gastrik
~ Masalah usus 
3) Sembelit
4) Kekurangan lemak dalaman
5) Masalah tulang akibat kemalangan
6) Lain2

Walau apa sahaja produk yang kita cuba.. sentiasalah yakin. InsyaAllah pasti akan dapat hasilnya.  Yang penting sentiasalah meminta dari-Nya. Semua yang berlaku atas izin-Nya. Tapi kita perlu memberi peluang pada diri untuk mencuba.

Nia antara produk yang saya cuba mengikut keperluan diri. Lain penyakit, lain cara pemakanannya.


Mak & ayah pun kami berikan.. supaya kesihatan mereka lebih baik. Jomlah kalau nak cuba. :)

Thursday, August 8, 2013

1 Syawal 1434H @ 08/08/13

Assalamualaikum....

SubhanAllah.. Alhamdulillah.. AllahuAkbar

Alhamdulillah... selesama tidak melarat dgn teruk. Walaupun tak ada mood nak raya.. tetapi kuatkan diri untuk jalan2 ke rumah sanak-saudara, kawan2 & jiran tetangga.. Banyak sangat kenangan untuk tahun ini.. :)

Pagi raya... Tahun nie macam biasa... pergi solat sunat hari raya dekat surau kat rumah... tapi luar biasa bila melihat ramai yg dtg untuk menunaikan solat sunat hari raya... Sehingga terpaksa solat kat tangga & kaki lima. Bila tengok mcm 2.. rasa best sangat... Malah yg kat atas biasa 6 org dlm 1 saf.. dah jadi 7-8 org... Jadi masing2 terpaksa kecilkan badan hehe..

Selesai solat.. imam meneruskan dgn khutbah... Tapi yg tak tahan.. ingatkan dah siap, jadi apalagi saya tengok yg sebelah saya duk bersalam-salaman... sy pun bangun & hulurkan tangan untuk bersalam.. Tiba2 dengan imam sedang baca doa... huhuuu... Rupa2 yg duk beria-ria tadah tangan sebenarnya bukan berdoa lagi.. hehee... Malu juga... siap pelut org sebelah lagi.. hahaa... nak cover malu kan hihiii... :P (Sambil gelak2 dgn org sebelah)..

Biasa lepas solat raya, terus balik.. tapi tahun nie makan dulu.. sbb bila kita makan ramai2 sangat seronok.. kalau yg tak ada selera... terus ada selera untuk makan bila berkumpul makan bersama-sama :)

Kemudian balik rumah.. tengok dah ada ramai yg datang bertandang ke rumah... Yg tak tahan..ada juga yg dtg nak membeli sarung lengan di pagi raya heheee..... Rezeki jgn ditolak ;)

Setelah ramai yg dah pulang... sy tak tunggu lama... terus naik motor nak g jalan2.. 6 buah rumah shj yg sempat pergi sbb duk bual panjang sangat kat satu2 rumah hihiiii... Ptg dah tak larat. Malam pun masih ada yg dtg beraya :)

Time raya memang seronok pergi jalan2 ke rumah sanak-saudara... kawan2 & jiran2... Disebabkan lama tak jumpa... macam2 nak dibualkan.. kadang2 tak perasan masa berlalu pergi.. Macam2 hidangan disediakan... ada makaroni bakar, lontong, sate & banyak lagi... memang best... ditambah dgn pencuci mulut... Sampai tak larat nak makan... full sampai perut :P
 

Tahun nie memang full.. selain jalan2 di hari raya... jemputan ke majlis kahwin pun banyak.. sampai sy pun dah tak ingat tarikhnya huhu...  Hadiah pun tak pergi beli lagi.. 

Apa2 pun esok jalan2 lagi.... ;) Kawan dah ajak banyak kali... kalau tak g apa pulak kata mereka... Kita pun rasa sedih kalau kawan kita tak dtg  bila kita dah ajak banyak kali kan..kan..kan... Walaupun tak ada teman nak pergi... terpaksalah bawa anak saudara buat teman.. kuranglah sikit perasaan malu hihii.. ;)

Tarikh hari raya pun comel... 08/08/13... Tarikh yg banyak kenangan pahit terhadap diri & kawan2... Iaitu persamaan dengan tarikh kemalangan jalan raya 6 tahun yg lalu.. 08/08/07... Walaupun sudah 6 tahun berlalu.. tetapi masih lagi terasa kesanya huhu... Tarikh nie juga sama dgn tarikh lahir kakak saya.. jadi memang tiap2 tahun akan ingat tarikh kemalangan nie... :(

Inilah serba sedikit kenangan hari raya 2013 yg dapat sy kongsikan :)

Tuesday, August 6, 2013

HERBALIFE

Assalamualaikum....

Tahukan anda tentang produk kesihatan yg diberi nama HERBALIFE??

Kalau belum... saya kongsi sejarah tentang produk ini..

SEJARAH PENUBUHAN HERBALIFE....

Pada tahun 1980 Mark Hughes memulakan perniagaan Herbalife hanya dari but keretanya sahaja. Namun setelah herbalife menghasilkan kesan positif yang cukup luar biasa akhirnya syarikat ini telah menjadi sebuah syarikat yang MULTINASIONAL. Produk Herbalife adalah BUKAN UBAT tetapi adalah MAKANAN NUTRISI yang amat baik untuk badan kita. Mengabungkan penyelidikan SAINS dan ALAM SEMULAJADI !!....Terdapat 3 sainstis yang bertanggungjawab dalam pembangunan produk HERBALIFE... 


1) DAVID HEBER

-Professor jabatan prubatan UCLA
-Pengarah pusat nutrisi insan UCLA
-Pengarah penyelidikan nutrisi klinikal UCLA


2) LOU IGNARRO

-Penerima nobel prize 1998 dalam bidang prubatan
-Professor Farkamologi unggul di UCLA
-Penerima hadiah kajian asas1998 untuk persatuan jantung amarika.


3) LUIGI GRATTON

-Dianugerahkan diplomate of the American board of family practice
-Felow kedoktoran lanjutan dalam nutrisi klinikal di UCLA
-Doktor nutrisi untuk atlet antarabangsa salah seorangnya adalah DAVID BECKHAM


Bagaimana idea tercetus???

Herbalife diasaskan oleh Mark Hughes. Semasa beliau remaja, beliau tidak sanggup menyaksikan bagaimana kesihatan ibunya menjadi semakin buruk selepas ibunya mencuba satu demi satu diet yang tidak berjaya. Tragisnya, setelah melalui begitu banyak amalan yang tidak sihat, ibunya meninggal dunia ketika berumur 36 tahun. Mark bertekad untuk mengabdikan hidupnya menolong orang ramai menurunkan dan mengawal berat badan dengan efektif dan selamat.  

Itulah serba sedikit sejarah / latar belakang penghasilan produk kesihatan HERBALIFE.. Untuk maklumat lanjut berkaitan produk blh tanya pakcik google hehee.... :)

SIHAT BONUS KURUS!

Monday, August 5, 2013

Hari Raya 2013

Assalamualaikum....


Ramadhan akan pergi... entah sempat @ tidak untuk menyambutnya pada tahun depan :( Apa2 pun Alhamdulillah... tinggal sehari sahaja lagi untuk kita sama-sama menyambut bulan Syawal. Tetapi, mood raya masih tak terasa.. huhuuu... Persiapan raya pun tak semeriah dulu. Ditambah pula dgn badan yg tak berapa nak sihat. Tahun lepas demam, tahun nie selesema pulak... sangat tak selesa.. huhu :(

Jemputan kenduri kahwin dari kawan-kawan juga banyak... Harap selesama tak melarat, jadi bolehlah pergi jalan2 ke rumah saudara-mara, kawan2 & guru2. Kalau tak sihat.. memang tidur jelah kerjanya.. huhu... Nak keluar beli hadiah pun dah rasa tak larat & malas..

Jadi, dikesempatan ini... saya ingin MEMOHON MAAF kepada semua yang mengenali saya sekiranya ada:
Terkasar bahasa,
Tersilap bicara,
Termarah yang tak kena,
Tertanya tak tentu hala,
Tersasul yang tak sengaja,
Terpukul kat mana-mana,
Terpekik di telinga,
Terhantuk di kepala,
Terpinjam harta benda,
Termoody tak semena-mena,
Terumpat bila-bila,
Termacam-macam lagi yang kena mengena.

Semoga DIMAAFKAN kerana kamulah kawan saya DUNIA dan AKHIRAT :)





Sunday, August 4, 2013

POPIA JE..

Assalamualaikum...

Melihat persiapan raya kawan-kawan.. perghhh... bukan main lagi. Daripada persiapan baju raya, kasut, beg & tak lupa juga hidangan untuk di sajikan.. Bukan main meriah lagi.  Kalau yg buat sendiri lagi seronok. Sekurang-kurangnya ada juga hidangan dari air tangan sendiri. Tak adalah semuanya beli hehee....

Tapi, kalau saya memang beli :P Yang saya pandai pun popia jee... huhuu... itu pun buat time rajin hihii.... Popia, kalau beli yg dah siap, boleh tahan juga harganya sbb serunding pun dah mahal ditambah dgn kulit popia & lain lagi.. Nak siapkan 1 plastik kulit popia pun sampai lengoh2 tangan.. siap tertidur lagi... Jadi bayangkan peniaga yg membuatnya dgn kuantiti yg banyak.

Biasa, kalau beli kat kedai.. serunding ikan sbb harga serunding ikan lebih murah berbanding dgn serunding lain. Tapi sbb nak makan sendiri & buat sendiri.. jadi sy juga serunding daging sbb orang cakap popia daging lagi best, terutama kalau serunding daging tempatan. Bila makan, memang rasa serundingnya... blhlah letak banyak2 dlm kulit popia hihii...

Inilah bahan-bahannya. Untuk lebih kemas, sapukan kuning telur.

Inilah hasilnya setelah siap digulung.

Minyak mesti betul-betul panas.

Inilah hasilnya yang telah siap untuk di makan.


Saturday, August 3, 2013

TANDA-TANDA GASTRIK!

TANDA-TANDA GASTRIK!

Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:

~ Sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut.

~ Rasa pening kepala.

~ Mengalami masalah angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.

~ Muntah.

~ Badan rasa lemah lesu.

~ Berat badan menurun.

~ Najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah).

Penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis boleh dirumuskan sebagai:

1) Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

2) Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3) Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.

Tak sangka bahaya juga gastrik nie..
Rasa mcm biasa, jika dibiarkan berlarutan.. akan memberi kesan negatif... 

Thursday, August 1, 2013

COMBO RM 100

Koleksi TERBARU dari Sinar Inspirasi Collection


Setiap pembelian akan diberikan PERCUMA Keychain ++




Friday, June 21, 2013

DROPSHIPPING V DROPSHIPPER

Kami mulakan Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 


Assalamualaikum.. Terima Kasih dari pihak B'P!NKY kerana anda sudi bertanya & berminat untuk menjadi agen di B'P!NKY :)

Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan untuk memperkembang perniagaan online. Salah satu cara adalah dengan menyediakan peluang dropship bagi mereka yang ingin menjual TANPA mengeluarkan modal dan tanpa menyimpan barang. 

Dropshipping boleh dikatakan sebagai perniagaan anda sendiri iaitu yang berkonsepkan pesanan dan pengeposan.

Contoh:
Harga Baju Sinar Inspirasi Collection:
Harga Pasaran RM 50 + RM 6 / RM 10 (Kos Penghantaran). Pembeli akan membayar kepada anda harga keseluruhan baju tersebut RM 55 (Semenanjung Malaysia) / RM 60 (Sabah/Sarawak). Malah, anda bebas untuk menaikkan harga jualan supaya keuntungan anda bertambah.

Kemudian anda memaklumkan kepada dropshipper / supplier untuk membeli baju yang ditempah oleh pelanggan anda. Komisen yang anda dapat untuk sehelai baju RM 5. Anda mungkin akan dapat lebih jika time promosi dijalankan.


Maklumat seperti nama/alamat/no.tel yang telah anda berikan semasa mendaftar sebagai ejen, akan digunakan di borang kurier. 

Jika pelanggan anda mahu membuat tembahan seterusnya, maka dia akan hubungi anda kerana no. tel anda telah tertera pada borang kurier. Pelanggan anda juga tidak akan tahu bahawa anda menjalankan perniagaan secara dropshipping. Jadi, anda TIDAK PERLU RISAU pelanggan anda dicuri oleh dropshipper. 

Selepas pengeposan, B'P!NKY Islamic Fashion akan memberikan anda tracking number dan anda perlu berikan kepada pelanggan supaya mereka tidak tertanya-tanya dengan status tempahan mereka.

Apa yang penting, anda perlulah memaklumkan kepada B'P!NKY Islamic Fashion selepas selesai urusan pembayaran. Maklumat berkaitan pelanggan perlu diberi dengan lengkap supaya mudah untuk proses penghantaran. Jika berlaku kesalahan berkaitan maklumat yang diberikan, pihak dropshipping yang perlu bertanggungjawab. Tetapi jika kesalahan berlaku di pihak B'P!NKY, pihak B'P!NKY yang bertanggungjawab.

Barang biasanya akan di pos dalam 2 kali seminggu iaitu pada hari ahad dan rabu sahaja. Barang akan di pos menggunakan POS LAJU sahaja. Barang biasanya akan sampai dalam masa 2 @ 5 hari bergantung pada jarak tempat.

Anda pula telah mendapatkan KEUNTUNGAN atas angin secara MUDAH, PANTAS dan TANPA MENGELUARKAN MODAL!

::. TERIMA KASIH .::


Friday, May 10, 2013

"PEMENANG SEMPENA HARI PEKERJA"

Bismillah,  Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Nama pemenang untuk peraduan sempena CUTI HARI PEKERJA telah ada. Tahniah B'pinky Islamic Fashion ucapkan kpd pemenang & TERIMA KASIH kpd yg sudi menyertai peraduan ini. Yang tidak berjaya boleh mencuba peraduan "Like, Share & Komen". Peraduan tersebut akan berakhir pada 31/05/13.
Terima Kasih :)

 


Sunday, March 10, 2013

Like, Share, Comment & Win :)

♥ Kami mulakan Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ♥


Sebagai PENGHARGAAN kpd anda, B'P!NKY akan memberi Baju Muslimah @ Kain Pasang (Italian Digital) secara PERCUMA kepada anda.

Syaratnya Sangat MUDAH:
1) Like gambar & Page B'pinky Islamic Fashion
2) Komen "Saya Punya"

Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan B'P!NKY
(Buat Cabutan Bertuah)

Terima Kasih :)


::. Anda CEPAT, Anda DAPAT .::


Monday, March 4, 2013

Agen Dropship B'P!NKY Islamic Fashion


SYARAT-SYARAT AGEN DROPSHIP “B'P!NKY Islamic Fashion”


Kami mulakan Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Assalamualaikum.. Terima Kasih dari pihak B'P!NKY kerana anda sudi bertanya & berminat untuk menjadi agen di B'P!NKY :)
Nama Page: B'P!NKY Islamic Fashion (https://www.facebook.com/pages/Bpinky-Islamic-Fashion/502209616505101)
DROPSHIP adalah satu konsep perniagaan yang tidak perlu mengeluarkan MODAL. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat urusan jual beli dengan pelanggan anda.
SYARAT-SYARAT:

1.  Tiada yuran dikenakan. Pendaftaran adalah percuma 

2.  Sehelai baju yang terjual akan ditolak RM 5.00 dari harga asal. Setiap helai akan ditambah RM   
     2.00. Contoh RM 7 (2 Helai), RM 9 (3 Helai) & begitulah seterusnya.
     Harga Biasa/Asal:
     RM 55.00 (Semenanjung Malaysia)
     RM 60.00 (Sabah @ Sarawak)

3.  Pastikan PM segala tempahan dari pelanggan anda.

4. Dapatkan pengesahan stok dari kami dahulu sebelum pelanggan membuat pembayaran (Bilangan stok boleh rujuk album Baju Muslimah SIC “2013”). https://www.facebook.com/media/set/?set=a.502215159837880.1073741828.502209616505101&type=3

5. Setiap pembayaran yang dibuat mesti disertakan bukti pembayaran @ pihak agen perlu maklumkan segera kepada pihak B'P!NKY berkaitan pembayaran yang di buat.

6.  Setelah pembayaran di buat, tolong PM kami maklumat berikut:
i) Nama agen:
ii) Nama Penuh Pelanggan:
iii) Kuantiti/saiz baju:
iii) Alamat
iv) No. Tel.

7.  Kami akan terus copy paste maklumat yang di beri. Jadi pastikan tiada sebarang kesilapan alamat berlaku. Sekiranya kesilapan alamat berlaku di pihak agen, maka agen perlu menanggungnya, tapi jika berlaku di pihak kami, kami yang akan menanggung gantirugi nanti

8. Kos penghantaran di tanggung sepenuhnya oleh pihak B'P!NKY. Baju yang telah di beli tidak boleh di tukar. 

9. Pihak kami berhak menggugurkan keahlian dropship sekiranya tiada kejujuran sepanjang urusniaga.

10. Kepada ejen dropship yang telah daftar, tetapi tidak aktif dalam masa 1 BULAN. Secar automatik nama anda terkeluar sebagai ajen di B'P!NKY Islamic Fashion.

11. Jika bersetuju untuk jd agen bagi maklumat seperti berikut:
i) Nama Penuh Agen:
ii) Alamat:
iii) No. Tel.
iv) No. Akaun (Nama)

12. Pembayaran di buat ke akaun Maybank. (Sy akan PM bila setuju menjadi agen)

13. Syarat-syarat mungkin boleh berubah dari semasa ke semasa.

14. Jika ada pertanyaan boleh terus PM @ SMS pihak B'P!NKY.

Terima Kasih :)