Friday, June 21, 2013

DROPSHIPPING V DROPSHIPPER

Kami mulakan Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 


Assalamualaikum.. Terima Kasih dari pihak B'P!NKY kerana anda sudi bertanya & berminat untuk menjadi agen di B'P!NKY :)

Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan untuk memperkembang perniagaan online. Salah satu cara adalah dengan menyediakan peluang dropship bagi mereka yang ingin menjual TANPA mengeluarkan modal dan tanpa menyimpan barang. 

Dropshipping boleh dikatakan sebagai perniagaan anda sendiri iaitu yang berkonsepkan pesanan dan pengeposan.

Contoh:
Harga Baju Sinar Inspirasi Collection:
Harga Pasaran RM 50 + RM 6 / RM 10 (Kos Penghantaran). Pembeli akan membayar kepada anda harga keseluruhan baju tersebut RM 55 (Semenanjung Malaysia) / RM 60 (Sabah/Sarawak). Malah, anda bebas untuk menaikkan harga jualan supaya keuntungan anda bertambah.

Kemudian anda memaklumkan kepada dropshipper / supplier untuk membeli baju yang ditempah oleh pelanggan anda. Komisen yang anda dapat untuk sehelai baju RM 5. Anda mungkin akan dapat lebih jika time promosi dijalankan.


Maklumat seperti nama/alamat/no.tel yang telah anda berikan semasa mendaftar sebagai ejen, akan digunakan di borang kurier. 

Jika pelanggan anda mahu membuat tembahan seterusnya, maka dia akan hubungi anda kerana no. tel anda telah tertera pada borang kurier. Pelanggan anda juga tidak akan tahu bahawa anda menjalankan perniagaan secara dropshipping. Jadi, anda TIDAK PERLU RISAU pelanggan anda dicuri oleh dropshipper. 

Selepas pengeposan, B'P!NKY Islamic Fashion akan memberikan anda tracking number dan anda perlu berikan kepada pelanggan supaya mereka tidak tertanya-tanya dengan status tempahan mereka.

Apa yang penting, anda perlulah memaklumkan kepada B'P!NKY Islamic Fashion selepas selesai urusan pembayaran. Maklumat berkaitan pelanggan perlu diberi dengan lengkap supaya mudah untuk proses penghantaran. Jika berlaku kesalahan berkaitan maklumat yang diberikan, pihak dropshipping yang perlu bertanggungjawab. Tetapi jika kesalahan berlaku di pihak B'P!NKY, pihak B'P!NKY yang bertanggungjawab.

Barang biasanya akan di pos dalam 2 kali seminggu iaitu pada hari ahad dan rabu sahaja. Barang akan di pos menggunakan POS LAJU sahaja. Barang biasanya akan sampai dalam masa 2 @ 5 hari bergantung pada jarak tempat.

Anda pula telah mendapatkan KEUNTUNGAN atas angin secara MUDAH, PANTAS dan TANPA MENGELUARKAN MODAL!

::. TERIMA KASIH .::