Sunday, November 18, 2012

Kita Punya DIA



"Susah-susah dahula, bersenang-senang kemudian". Untuk berjaya memang tidak mudah dengan apa yang dikata. Untuk cakap itu & ini memang senang. Kenapa tak buat cm niekan senang? Kenapa buat cm2, kan dah rugi? mcm2 lagi kenapa itu, kenapa ini, kalau begitu, kalau begini? Jika selalu dengar ckp negatif daripada org lain, sampai bila-bila kita akan berada di tahap yang sama. Kadang-kadang manusia mempunyai niat yg berbeza dari setiap kata-kata mereka. Apa yg penting kita ambil semua yg mereka katakan supaya kita tidak seperti yg mereka bayangkan. Jika kita mudah mengalah dengan percakapan mereka, bermakna kita lemah & mereka bersorak riang. Sedangkan kita hanya membazirkan mutiara untuk terus mengalir membasahi pipi. Justeru itu, diri kita yg perlu kuat utk berdepan dgn semua keadaan. Saya sendiri akui yg sy mmg seorg yg lemah utk berhadapan dgn org.Tapi sy tetap meminta dan berdoa daripada ILAHI supaya sy dapat berhadapan dengan dugaan & cabaran yg mendatang. Kerna kita ada DIA, dgn bantuan drp-NYA & usaha kita, kita pasti mencapai impian kita :)


Thursday, November 15, 2012

Batu Kesukaan Ku :)

Lebih kurang 11 tahun saya simpan. Ini bukan warna asal, sy sudah mewarnakannya hehe...

Apa yang Anda Suka Simpan???

Ok.. Hari nie nak kongsi pasal barang2 yg sy suka simpan. U all pun mesti ada barang yg U all suka kan. Tapi sy tak adalah sampai obses sgt. Jika ada jom kongsi :)

Apa yg sy suka simpan??? smmgnya apa shj yg org bg semua sy simpan. Emmm... rasa sayang kalau nak buang je. Walaupun brg itu tiada nilai di mata org, tp sy berpuas hati & gembira dgn apa yg saya ada.

Bila g kenduri kahwin mesti dapat sisa kan? Jadi kat bawah nie antara sisa2 yg sy simpan setiap kali g kenduri. Samaada kenduri ahli keluarga, saudara mara, kawan & semua lah, sy mesti simpan. Sampai bunga telur pun syg tak buang. Tp tak sempat nak ambik gambar. Dgn kata lain 'Malas' hehe...
Di bawah nie sy kongsi bbrp kpg gambr barang yg sy simpan dari dulu sampai sekarang :)
        






Wednesday, November 7, 2012

Tudung Bawal

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya ingin berkongsi-kongsi berkaitan dengan tudung bawal. Sememangnya, tudung bawal tidak pernah ketinggalan, ada saja permintaan. Ada bermacam-macam jenis tudung bawal. Antaranya bawal tulang ikan, bawal pelangi batu, bawal bunga rose kecil & besar, bawal sulam, bawal 2 layer & banyak lagi. Pendek kata, tak habis nak cerita pasal tudung bawal nie hehe... Tiap-tiap masa ada saja corak baru yg keluar. Nie tidak termasuk tudung-tudung bukan bawal. Tidak terbilang banyaknya koleksi tudung yg ada.

Buat masa nie saya boleh berkongsi pic tudung bawal sahaja (y)

                                 JENIS-JENIS TUDUNG BAWAL

BAWAL KOSONG 1 TONE
BAWAL TONE BATIK

PELANGI SULAM TANGAN

BAWAL 2 LAYER

TONE TULANG IKAN

BAWAL MANIK

BAWAL SULAM MESIN

TONE BERLIAN






Tuesday, November 6, 2012

~Lumrah Hidup~


Alahai... ada sahaja yg xkena. Itu salah, ini salah. Jadi TOLONG bagi tahu apa yang betul & apa yg tak betul supaya dapat dibetulkan. Memang sudah menjadi lumrah alam, apa sahaja yang dilakukan dalam hidup tidak semua orang suka. Malah yg lebih menyakitkan bila ada saja mulut2 yg suka mengkritik itu ini. Jika kritikan membina tak apalah juga. Masalah2!!!

Tapi tak mengapa, sepertimana peribahasa Melayu "Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali" & Bersusah-susah Dahulu, Bersenang-senang kemudian, Bersakit-sakit Dahulu, Bersenang-senang Kemudian". Sememangnya untuk hidup senang bukan mudah seperti sebiji bola bila dilepaskan dari atas terus sahaja turun tanpa halangan, tetapi ia seperti buah durian, perlu menunggu supaya akan mendapat hasil yg baik. Malah, kadang2 ia tidak seperti yang kita impikan. Apa yg penting sikap tidak berputus asa perlu supaya kita dapat mencapai apa yg menjadi impian kita, walaupun ada yg tidak menyukainya. Jika memikirkan tentang manusia yg ada disekeliling, sampai bila2 kita tetap berada di bawah, kerna kita TIDAK boleh memuaskan hati semua orang, tapi sekurang-kurangnya ada yang suka dengan apa yang kita lakukan terutama 'EMAK' kita. Hanya doa & keredhaannya sudah cukup untuk kita berjaya. Disamping berdoa kepada ALLAH S.W.T. "Orang Suka Melihat Orang Lain Susah,  Susah Melihat Orang Lain Senang".