Tuesday, November 6, 2012

~Lumrah Hidup~


Alahai... ada sahaja yg xkena. Itu salah, ini salah. Jadi TOLONG bagi tahu apa yang betul & apa yg tak betul supaya dapat dibetulkan. Memang sudah menjadi lumrah alam, apa sahaja yang dilakukan dalam hidup tidak semua orang suka. Malah yg lebih menyakitkan bila ada saja mulut2 yg suka mengkritik itu ini. Jika kritikan membina tak apalah juga. Masalah2!!!

Tapi tak mengapa, sepertimana peribahasa Melayu "Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali" & Bersusah-susah Dahulu, Bersenang-senang kemudian, Bersakit-sakit Dahulu, Bersenang-senang Kemudian". Sememangnya untuk hidup senang bukan mudah seperti sebiji bola bila dilepaskan dari atas terus sahaja turun tanpa halangan, tetapi ia seperti buah durian, perlu menunggu supaya akan mendapat hasil yg baik. Malah, kadang2 ia tidak seperti yang kita impikan. Apa yg penting sikap tidak berputus asa perlu supaya kita dapat mencapai apa yg menjadi impian kita, walaupun ada yg tidak menyukainya. Jika memikirkan tentang manusia yg ada disekeliling, sampai bila2 kita tetap berada di bawah, kerna kita TIDAK boleh memuaskan hati semua orang, tapi sekurang-kurangnya ada yang suka dengan apa yang kita lakukan terutama 'EMAK' kita. Hanya doa & keredhaannya sudah cukup untuk kita berjaya. Disamping berdoa kepada ALLAH S.W.T. "Orang Suka Melihat Orang Lain Susah,  Susah Melihat Orang Lain Senang".

No comments:

Post a Comment