SALAH
SIAPA???
Hidup
ini penuh dengan cabaran & dugaan. Banyak perkara buruk seperti jenayah
telah berlaku. Jadi, kita sebagai manusia harus bijak mencari punca yang
menjadi penyebab berlakunya hal sedemikian. Malah, kita juga perlu mempunyai
strategi untuk mencari jalan penyelesainya yang berkesan supaya hal sedemikian
sedikit sebanyak akan berkurangan & hilang dari pandangan mata kita.
Kita sering berharap bahawa suatu hari nanti kita akan mendapat
zuriat yang soleh & solehah. Namun kita lupa bagaimana cara untuk membentuk
anak supaya menjadi seseorang yang kita impikan. Memang tidak dinafikan, jika
kita bertanya pada ibu-ibu mahupun bapa, jawapannya tetap sama, iaitu mahukan
zuriat yang berakhlak mulia. Tetapi pernahkah kita berfikir & bertanya pada
diri kita sendiri bahawa layakkah kita untuk mendapat apa yang kita inginkan
sedangkan kita sendiri tidak ada seperti mana yang kita harapkan untuk anak
kita.
Kita sebagai hamba Allah S.W.T tidak pernah lari dari melakukan
kesilapan, malah kita sendiri tidak sedar kita pernah melakukan kesilapan
tersebut. Namun, ini bukan alasan untuk kita terus melakukan kesilapan. Tetapi
pernahkah kita renung kenapa kita jadi sebegitu?. Mungkinkah salah ibu bapa
yang tidak pandai mendidik anak-anak dengan baik??? @ Mungkin juga salah
kawan-kawan yang ada disekeliling kita yang sering memujuk kita supaya
berkelakuan tidak baik, @ mungkin juga terpengaruh dengan media massa @ mungkin
juga di sebabkan diri kita sendiri yang tidak bijak mengawal kelakuan
sendiri???. Banyak pihak yang disalahkan. Jadi Salah
Siapa sebenarnya???
IBU & BAPA
Kita sering kali mendengar ungkapan
seperti ini “Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi”. Setiap apa yang dilakukan
oleh anak-anak mesti ibu bapa yang terkena tempiasnya. Semestinya ibu bapa yang
akan di salahkan. Malah, kita juga pernah mendengar kata-kata seperti ini “ anak sapalah yang buat kerja-kerja macam ni, dah tak ada kerja lain ke nak
buat, asyik mencuri ajelah kerjanya”. Ibu bapa lagi yang disalahkan, sedangkan
mereka tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Kenapa kita tak sebut saja nama
pelakunya, kenapa mesti nama ibu bapa yang popular???.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa
ibu bapa memang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik & membentuk
anak-anak supaya menjadi insan yang berguna. Namun patutkah ibu bapa yang
disalahkan jika anak-anak mereka menjadi seseorang yang tidak berguna kepada
masyarakat???. Ya, memang kadang-kadang ada dikalangan ibu bapa yang tidak
melakukan tanggungjawab tersebut. Anak-anak terlalu manja & ibubapa terlalu
memberi kemewahan kepada anak-anak mereka. Malah, tidak kurang juga yang
memberi apa saja yang diinginkan oleh anak-anak mereka seperti kereta,
motosikal & sebagainya. Namun, ianya bukan menjadi penyebab anak-anak
berkelakuan tidak baik. Anak-anak harus berfikir dengan positif, ibubapa
sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembirakan anak-anak kerana mereka tidak
mahu anak-anak mereka mengalami kesusahan yang sama sepertimana mereka dahulu.
Namun, segala yang diberikan seolah-oleh tidak dihargai oleh anak-anak mereka.
Malah, mereka juga yang disalah kerana terlalu memanjakan anak, & mengikut
apa sahaja yang diminta oleh anak-anak mereka. Contoh dalam cerita “Anakku
Sazali”. Bapanya yang disalahkan kerana memberi apa sahaja yang beliau
inginkan, memberi kemewahan & sebagainya.
Jadi, jika kemewahan yang menjadi
penyebabnya, namun kenapa ada yang hidup dalam serba kesederhanaan &
kemiskinan ada anak-anak mereka yang melakukan jenayah & sebagainya. Kalau
ditanya, kenapa memilih jalan negatif untuk meneruskan hidup??? Katanya, hanya
ini yang mampu dilakukan, hidup kami susah seperti pepatah lama "kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang". Ibu & Ayah tak mampu nak menyara kami sekeluarga, tambah lagi
dengan adik beradik yang ramai. Malah, saya tak dapat melanjutkan pelajaran
kerana keluarga tidak ada wang yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan saya
jika saya meneruskan pelajaran saya kelak. Jadi, saya mengambil jalan pintas
dengan melakukan perkara yang tak sepatutnya. Malah, saya lakukan ini juga
disebabkan keluarga saya, supaya mereka dapat hidup dengan selesa. Jika ibu
& bapa saya kaya, tidak mungkin saya akan jadi seperti mana saya sekarang.
Dalam situasi begini pun ibu bapa juga yang disalahkan kerana tidak mempunyai
kewangan yang kukuh bagi menampun keluarga sedangkan yang kaya juga begini.
Ada satu lagi yang menjadi sebutan
orang. “ anak ustaz tapi perangai macam syaitan”. Ibu bapa juga yang
disalahkan. Kita pernah mendengar lirik lagu yang berbunyi,
Iman
adalah mutiara di dalam hati manusia,
Yang
menyakini.. Allah..
Yang
maha Esa.. Maha kuasa,
Iman
tak dapat diwarisi,
Dari
seorang ayah yang bertakwa,
Iman
tak dapat dijual beli,
Ia
tiada di tepian pantai.
Jadi,
tidak semestinya seseorang yang lahir daripada keturunan ahli agama akan
menjadi ustaz dan sebagainya. Namun ianya tidak akan menjamin bahawa anak-anak
mereka juga akan menjadi seperti mereka. Malah, tidak mustahil seseorang yang
lahir daripada golongan yang biasa juga menjadi seseorang yang berguna. Jadi,
kita tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi pada masa mendatang, mungkin
sekarang kita jahat, namun tidak mustahil jika kita akan berubah menjadi yang
lebih baik dari mereka yang baik & sebaliknya. Hanya Allah S.W.T yang menentukannya.
Surah
Al-‘Ankabut (29)
Ayat
8 yang bermaksud:
Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, dan jika mereka
berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku ( Dalam Ibadatmu ) dengan
sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah
engkau taat kepada mereka. Kepada Aku-lah tempat kembali kamu semuanya,
kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
KAWAN-KAWAN
Bagi ibu bapa,
mereka sering menyalahkan orang lain jika anak-anak mereka berkelakuan tidak
baik. Yang sering menjadi mangsanya adalah kawan anak-anak mereka. Kalau betul
kawan-kawan yang menjadi penyebab anak-anak mereka berkelakuan tidak baik, jadi
tak perlu bagi anak-anak kita berkawan dengan sesiapa sahaja, biar anak-anak
ada disamping kita sahaja. Tidak perlu bergaul dengan orang, jika sikap begitu
ada dalam diri ibu bapa. Namun, pernah ke Ibu Bapa terfikir bahawa anak mereka
sebenarnya yang mengajak anak orang lain melakukan sesuatu yang tak baik. Tapi,
bagi menutup aib sendiri, baik dia salahkan orang lain dulu sebelum anak mereka
yang disalahkan. Apa-apa pun, kita yang hidup dalam bermasyarakat perlu
prihatin dengan apa yang belaku di sekeliling kita dan bukan menunding jari
mencari siapa salah. Seharusnya anak-anak harus bijak membuat keputusan dan
bukan hanya mengikut apa sahaja yang dilakukan. Keputusan pertama itu yang akan
menentukan hal yang akan terjadi untuk masa mendatang.
Contoh situasa 1:
Azman: Hafiz, esok hari
minggu, kau buat pe?
Hafiz: Tak de buat pe. Nak ulang kaji pelajaran je.
Azman: Alah kau nie, asyik
belajar je, tak penat ke? Jomlah kita kuar lepak?
Hafiz:
Belajarkan penting untuk masa depan
kita. Kalau kita tak belajar apa akan jadi untuk masa depan kita.
Tak nak kuarlah. Lagi pun aku tak suka lepak-lepak cam nie, buang masa je.
Azman: Alah,
apalah kau nie. Aku tahulah, tapi takkan lah asyik nak belajar aje. Otak kite
juga perlu rehat juga. Kalau asyik belajar je, nanti boleh stress beb. Jom r
teman aku kuar. Sekali nie je, aku tak de kawan lain dah nak ajak kuar. Jom r.
Hafiz:
Aku bukan tak nak tapi..!
Azman:
Tapi apa agi, jomlah… bukan lama pun, sebelum malam kita baliklah.
Hafiz: Oklah, tapi kali nie je aku kuar. Lain kali
jangan ajak aku agi.
Azman.
Ok.
Dalam situasi diatas. Agak-agak Hafiz akan ikut lagi @ tidak Azman
untuk keluar pada masa mendatang. Ingatlah keputusan yang dilakukan harus
bijak. Tidak salah jika kita keluar untuk menghilangkan stress, tapi pilihlah
jalan yang betul supaya kita akan mendapat kebaikan diatas apa yang kita
lakukan. Malah, kita jangan mudah mendengar pujuk rayu orang lain, walau ia
kawan kita sendiri. Jika mengajak kearah kebaikan ikutlah mereka, tetapi jika
sebaliknya, jauhilah ia atau ubahlah ia dan jangan pula dia yang mengubah kita
kearah yang tidak baik.
Contoh Situasi 2:
Hafiz : Man apa yang kau
buat2?
Azman: Buat apa? Tak de buat pelah?
Hafiz : Man, kau jangan tipu akulah, aku
Nampak kau sorok kotak kat aku. Aku nampaklah. Kotak apa2 Man?
Azman: Mana ade.
Hafiz : Jangan tipulah,
ingat aku bodoh ke? Aku Nampak Man. Kotak pe Man. Kotak rokokkan Man?
Azman: Kau nie. Kotak rokok je pun, bukan aku punye pun.
Hafiz : Man.. Man.. Kau
ingat aku nie budak ke. Bau pun aku dah tahu, 2 pun nak tipu lagi. Lagipun
hanya kita berdua je kat sini. Takkan hantu kot nak hisap rokok.
Azman: Alah, kau nie Fiz. Aku nak try je.
Hafiz: Memang lah pada mulanya kau nak try. Tapi,
Rokok2 akan buat kita ketagih. Mula-mula kau merokok, lepas nie apa pula yang
kau nak try. Tak salah kau nak try apa yang kau nak, tapi try lah benda lain.
Try lah makan buah-buahan ke, lagi bagus dapat menyihatkan badan hehe...
Azman: Aku tahu r. Aku tengok kawan aku hisap, jadi aku trylah.
Mereka siap makan pil lagi. Makan pil apa
aku pun tak tahu, katanya hilang semua masalah.
Hafiz : Memang
lah betul katanya. Makan pil akan hilang semua masalah sebab kita dah tak sedar
apa yang kita buat selepas2. Tapi, kita perlu fikir untuk masa akan datang.
Sedangkan ubat yang kita makan untuk menyembuhkan peyakitpun akan bagi kesan
negatif, inikan pula pil yang tak tahu dari mana datang dan dari apa
diperbuatnya. Yang kita tahu telam je.
Azman: Oklah Hafiz. Terima kasih atas nasihat yang diberikan. InsyaAllah lain kali aku tak kan buat lagi. Aku akan jadi diri aku dan tidak akan mengikut apa yang dilakukan oleh orang lain.
Azman: Oklah Hafiz. Terima kasih atas nasihat yang diberikan. InsyaAllah lain kali aku tak kan buat lagi. Aku akan jadi diri aku dan tidak akan mengikut apa yang dilakukan oleh orang lain.
Jadi, jika kita lemah untuk menolak apa yang diberikan oleh kawan
kita dan kita menerimanya, jadi jangan kita salahkan kawan kita. Takkan kawan
kita nak mencuri, kita pun akan turut mencuri. Ingatlah setiap apa yang kita
lakukan adalah bergantung pada diri kita. Kawan sebagai syarat untuk ibu bapa
mencari penyebab anak-anak mereka berkelakuan tidak baik. Sedangkan Ibu Bapa
sendiri tidak tahu hal yang sebenar belaku disebalik apa yang berlaku. Mereka
sering menyalahkan apa yang mereka nampak di depan mata mereka sahaja, tetapi kebenaran
yang sebenar tidak diselidik terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan yang
sepatutnya. Jadi, salah Siapa??? Kawan-kawan anak-anak anda ke??? Fikirlah
sebelum membuat keputusan dan fikirlah sebelum membuat segala tuduhan pada yang
lain.
MEDIA MASSA
Kita sering
menonton drama, filem mengenai kisah remaja yang terlalu bersosial. Malah dalam
majalah, surat khabar juga banyak disiarkan. Jadi, apa kaitannya dengan
anak-anak kita. Pernah juga mendengar kata-kata seperti, apalah media nie asyik
tunjuk benda yang tak senonoh aje, cerita sekarang pun banyak yang menjolok
mata, nanti anak aku pula ingin terikut-ikut. Tapi kenapa kita perlu salahkan
media atas semua yang berlaku kepada anak-anak kita. Sedangkan mereka hanya
menjalankan tugas mereka. Namun, kenapa pula kita tidak memuji iklan yang
mahukan anak-anak kita menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Kenapa
kita sebagai ibu bapa sering melihat perkara yang salah untuk dibesarkan
sedangkan kita boleh mengambil yang baik sebagai tauladan.
Malah ada juga
anak-anak yang terikut-ikut dengan gaya artis. Menyebabkan ibu bapa marah
kerana anak-anaknya berpakaian tidak senonoh. Tapi kalau kita fikir, salah
orang lain ke jika anak mereka yang nak berpakaian begitu. Ya, memang kalau
ikutkan salah kerana artis adalah idola meraka dan mereka akan mengikut apa
yang dilakukan oleh idola mereka sama ada cara berpakaian, percakapan dan
sebagainya. Jadi, mereka perlu menjaga segala-galanya. Namun, mereka tidak boleh disalahkan kerana mereka
yang bukan daripada golongan artis juga berkelakuan yang tidak baik. Tetapi,
kita yang mempunyai fikiran untuk berfikir, kenapa perlu mengikut orang lain
sedangkan banyak hal lain yang kita bolah ikut. Malah, kenapa kita tak ambil
idola yang terbaik untuk menjadi ikutan, kenapa kita nak ikut yang tak baik.
Jadi fikirlah sendiri kerana ia akan membentuk tingkah laku kita sendiri.
Contoh Rasulullah S.A.W. Kita semua tahu bahawa baginda mempunyai perilaku yang
mulia, tetapi kenapa kita tidak mengikut tingkah laku beliau. Kenapa perlu
meniru yang tidak sepatutnya. Jadi, Salah Siapa??? Media Massa ke??? Fikirlah
untuk diri anda, yang baik dijadikan TAULADAN dan yang buruk dijadikan SEMPADAN.
No comments:
Post a Comment