FORMULA B-A-S-I-T
Assalamualaikum... pada 21/12/13 (Sabtu) dapat berguru dengan Tuan Abdul Basit yang baru berusia 24 tahun.. tetapi sudah mempunyai 7 buah syarikat :)
Pelbagai ilmu yang di ajar antaranya:
FORMULA B-A-S-I-T
Apa itu Fomula B-A-S-I-T ??? Tak pernah dengan pun hehee... Jom baca seterusnya.. saya kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari beliau...
B = Berguru
i) Dengan individu yang TERBUKTI BERJAYA
~ Belajar dengan orang yang terbukti berjaya kerana beliau akan mengajar kita
langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan sepertimana yang beliau
kecapi.
~ Cari sekurang-kurangnya 10 orang guru.
ii) Guru Gagal
~ Beliau akan menceritakan kegagalan beliau. Daripada cerita yang diberitahu, sekurang-kurangnya kita belajar & tidak melakukan kesilapan yang sama.
iii) Guru di Facebook
~ Perkenalkan diri, puji guru & baru nyatakan apa yang kita inginkan daripada beliau. Jangan terus dengan tujuan kita kerana mereka tidak mengenali kita. Orang tidak suka bercerita dengan orang yang mereka tidak kenali.
"ELAKKAN KENYATAAN - MENTANG-MENTANG DAH BERJAYA SOMBONG DAH SEKARAN" bagaimana kita tahu seseorang itu sombong ???
~ Cari yang dalam industri yang sama. Jangan nanti minat menjahit.. tetapi berguru dengan tukang masak hihihii ;)
A = Adab / Sikap
~ Sepertimana yang diterangkan di atas :)
S = Strategi
Cuba selesaikan teka-teki "Bagaimana cara nak masukkan gajah dalam peti ais"???
~ Apa yang kita nampak di depan, membuat apa yang kita fikir.
~ S - O - P =
S = Standard
O = Operation
P = Procedure
~ Buat apa yang ditulis, tulis apa yang dibuat
~ Cara kerja biasa
~ Apa yang kita tahu, tapi tak tulis = kita mudah lupa :) - skill boleh di pindah
Contoh, KFC = Ayat yang digunakan oleh pekerja adalah sama untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
I = Iman / Istiqomah
~ Jelas apa yang kita mahu
~ Yakin & sentiasa meminta dari Allah S.W.T
~ Jangan terlalu mengharapkan kepada manusia
T = Tindakan
~ Lakukan "Tindakan 2%"
~ Tidak semua orang mampu untuk memulakan 100% tindakan.. jadi mulakan dengan peratusan yang sedikit
Sekadar berkongsi apa yang diberi oleh guru ;) Semoga anda berjaya dunia & akhirat:)
Terima Kasih :)
No comments:
Post a Comment