Sunday, August 4, 2013

POPIA JE..

Assalamualaikum...

Melihat persiapan raya kawan-kawan.. perghhh... bukan main lagi. Daripada persiapan baju raya, kasut, beg & tak lupa juga hidangan untuk di sajikan.. Bukan main meriah lagi.  Kalau yg buat sendiri lagi seronok. Sekurang-kurangnya ada juga hidangan dari air tangan sendiri. Tak adalah semuanya beli hehee....

Tapi, kalau saya memang beli :P Yang saya pandai pun popia jee... huhuu... itu pun buat time rajin hihii.... Popia, kalau beli yg dah siap, boleh tahan juga harganya sbb serunding pun dah mahal ditambah dgn kulit popia & lain lagi.. Nak siapkan 1 plastik kulit popia pun sampai lengoh2 tangan.. siap tertidur lagi... Jadi bayangkan peniaga yg membuatnya dgn kuantiti yg banyak.

Biasa, kalau beli kat kedai.. serunding ikan sbb harga serunding ikan lebih murah berbanding dgn serunding lain. Tapi sbb nak makan sendiri & buat sendiri.. jadi sy juga serunding daging sbb orang cakap popia daging lagi best, terutama kalau serunding daging tempatan. Bila makan, memang rasa serundingnya... blhlah letak banyak2 dlm kulit popia hihii...

Inilah bahan-bahannya. Untuk lebih kemas, sapukan kuning telur.

Inilah hasilnya setelah siap digulung.

Minyak mesti betul-betul panas.

Inilah hasilnya yang telah siap untuk di makan.


No comments:

Post a Comment