Saturday, January 19, 2013

SABARKAH KITA.... ?

Bismillah

Sifat yg mulia tetapi paling sukar dilakukan adalah 'BERSABAR'. Diriku jua begitu. Kalau hendak cakap dengan kata-kata memang senang, kerna ia hanya keluar dari bibir. Namun untuk menjadikannya sebagai satu realiti dlm kehidupan kita memang sukar. Emmmm.... macam-macam cara dilakukan supaya bersabar dalam apa jua keadaan, namun pasti keadaan membuatkan kita hilang sabar. Bila emosi sudah tidak stabil, KESABARAN sudah bertukar "KEMARAHAN". Sifat marah akan mengatasi segalanya. Hanya diri kita sahaja yg dapat mengelak daripada berlaku. Kadang-kadang bila seseorang berada dalam keadaan marah & ada pula yg menasihatinya pada ketika itu, semestinya dengan org yg tegur sekali akan terkena tempiasnya.

Saya pernah mendengar ceramah, tp lupa siapa yg sampaikan :) Katanya bila kita hendak marah pada seseorg atau apa sahaja yg membuatkan kita marah, kita jangan terus melemparkan kata-kata yg tidak elok. Cara yg lbh baik untuk menghilangkan marah adalah dengan mengetuk paku di pokok. Setiap kali kita hendak marah, kita mengambil paku & ketuknya di pokok. Lakukan sehingga perasaan marah kita hilang. Kita bayangkan yg kita sedang melepaskan kemarahan pada mereka yg membuatkan kita marah. Setelah perasaan marah kita sudah tiada, kita buang kembali paku yg kita ketuk & lihat apa kesan pada pokok tadi. Mesti pokok akan berlubang-lubang & rosakkan ??? Jadi begitu jugalah hati manusia. Jadi teraplah sikap sabar dlm diri supaya tiada hati yg terluka. Tetapi sy belum mencubanya, cara sy untuk menghilangkan marah hanya mendiamkan diri dalam bilik & menangis meminta kepada-Nya supaya perasaan marah tidak terus menguasai diri. Selain itu, sy akan menumbuk-numbuk bantal ( cian bantalku :D ) & menulis dalam diari. Walau dgn apa cara sekalipun, belajarlah untuk "BERSABAR".

Pesanan Buat Diriku Jua :)

6 comments:

  1. kadang2x bersabar tu perlukan toleransi... berterima kasih pada org sekeliling, atau keadaan tertentu, yg boleh mendidik diri sendiri untuk belajar erti sabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang perlukan toleransi. Perlu juga org disekeling supaya kita selalu di nasihati dgn sikap yg positif :)

      Delete
  2. susah sabar ni...bak kate boboiboy..sabar tu kan kuasa..bukan sume oragn ade kuasa...
    http://mamamarvelous.blogspot.com/2013/01/set-yang-disediakan.html

    ReplyDelete
  3. sabar tanpa batas dapat pahalanya tanpa batas juga

    ReplyDelete