Bismillah, Assalamualaikum...
Sememangnya.. "Menjaga tepi kain org" banyak maksudnya... bergantung pada kita yg menilainya. Ada yg ckp menjaga tepi kain org baik, & ada yg sebaliknya.
Petikan maksud di bawah nie di ambil dari Santai Sihat:
Menjaga Tepi Kain Orang Lain:
Suatu amalan yang baik dan bertanggungjawab. Inilah amalan yang sememangnya dilakukan oleh masyarakat dahulu yang dikategorikan sebagai kerjasama & saling membantu antara satu sama lain. Dalam ajaran Islam, amalan ini di suruh praktikkan @ hayati di dalam masyarakat iaitu terangkum di dalam suruhan melakukan perkara makruf dan mencegah kemungkaran.
Jangan Menjaga Tepi Kain Orang Lain:
Simpulan bahasa ini sebenarnya ditujukan kepada orang yang lebih sibuk dengan hal orang lain @ kelemahan orang lain tetapi mengabaikan urusan sendiri yang sepatutnya diselesaikan. Rangkaikata tersebut sebenarnya lain yang disebut lain yang dikehendaki. Maksud yang dikehendaki ialah
"Jangan Menggangu Tepi Kain Orang Lain"
Menjaga tepi kain org itu baik.. ini bermakna
kita simpati & mengambil berat ttg keadaan org yg ada di sekeliling
kita. Tapi Kalau sampai kain sendiri yg terkoyak msh tidak perasan
sshlah. Diri sendiri juga yg malu..... Bukan apa banyak sgt masa
diluangkan kpd keluarga org lain berbanding dgn keluarga sendiri. :P Nnt
org lain dah berubah, diri sendiri yg masih terkapai2.. :)
No comments:
Post a Comment