Bismillah... Assalamualaikum... & Selamat Pagi :)
Hairan
betul bila ada Hamba Allah tanya, boleh hidup ke dengan berniaga cam
nie? Tanya bukan sekali, bukan dua.. tapi berkali2 duk tanya soalan
sama. Bukan sorang yg tanya, bbrp org yg tanya. Apa yg sy tengok, rasa
& alaminya, Alhamdulillah selama 25 tahun saya hidup dgn hasil drp
perniagaan kedai runcit & kedai kopi ayah & emak sy, tak pernah
pulak sy kelaparan, meminta2 & berhutang dgn org lain utk
beli makanan. Kalau hidup sentiasa bersyukur dgn rezeki yg diberikan..
wang RM 100 pun kita rasa mcm RM 1000. Tapi bila sentiasa fikir duit RM
1000 pun tak cukup & buat mcm RM 100, ada RM 10,000 pun akan tetap
berasa tidak cukup. KIta akan bahagia kalau kita sentiasa bersyukur.
Pada Hamba Allah 2, di harapkan semoga berubahlah untuk berfikiran
positif. Bukan hanya dgn bekerja makan gaji, jawatan besar menunjukkan
kita bahagia & kaya. Kalau masih ada masyarakat yg berfikiran mcm
nie, siapa yg ingin bekerja sebagai buruh, tukang sapu @ pekerjaan
seangkatan dgnnya. Jika tak ada mereka, rasanya tak adalah bangunan yg
dibangga-banggakan sekarang nie. Sampah juga bertaburan kerana tidak ada
yg ingin memungutnya, sedangkan tong sampah sudah disediakan.
Sememangnya manusia mmg suka bertanya perkara yg menjatuhkan kita di
depan org spy kita malu. Mrk juga suka menyindir & bercakap sinis di
depan org. Niat di hati mrk AKU pun tak tahu apa. Apa yg di lihat, mrk
suka dgn bercakap hal2 yg menyakitkan hati org.. yg ptg mrk puas &
gembira. Biar org lain berduka diatas kegembiraan mrk.
Aku yakin rezeki ada dimana-mana, krn rezeki itu ALLAH yg bagi. Bukan manusia yg tentukan tahap rezeki yg akan kita dapat.
No comments:
Post a Comment