Friday, May 10, 2013

"PEMENANG SEMPENA HARI PEKERJA"

Bismillah,  Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Nama pemenang untuk peraduan sempena CUTI HARI PEKERJA telah ada. Tahniah B'pinky Islamic Fashion ucapkan kpd pemenang & TERIMA KASIH kpd yg sudi menyertai peraduan ini. Yang tidak berjaya boleh mencuba peraduan "Like, Share & Komen". Peraduan tersebut akan berakhir pada 31/05/13.
Terima Kasih :)

 


Sunday, March 10, 2013

Like, Share, Comment & Win :)

♥ Kami mulakan Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ♥


Sebagai PENGHARGAAN kpd anda, B'P!NKY akan memberi Baju Muslimah @ Kain Pasang (Italian Digital) secara PERCUMA kepada anda.

Syaratnya Sangat MUDAH:
1) Like gambar & Page B'pinky Islamic Fashion
2) Komen "Saya Punya"

Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan B'P!NKY
(Buat Cabutan Bertuah)

Terima Kasih :)


::. Anda CEPAT, Anda DAPAT .::


Monday, March 4, 2013

Agen Dropship B'P!NKY Islamic Fashion


SYARAT-SYARAT AGEN DROPSHIP “B'P!NKY Islamic Fashion”


Kami mulakan Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Assalamualaikum.. Terima Kasih dari pihak B'P!NKY kerana anda sudi bertanya & berminat untuk menjadi agen di B'P!NKY :)
Nama Page: B'P!NKY Islamic Fashion (https://www.facebook.com/pages/Bpinky-Islamic-Fashion/502209616505101)
DROPSHIP adalah satu konsep perniagaan yang tidak perlu mengeluarkan MODAL. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat urusan jual beli dengan pelanggan anda.
SYARAT-SYARAT:

1.  Tiada yuran dikenakan. Pendaftaran adalah percuma 

2.  Sehelai baju yang terjual akan ditolak RM 5.00 dari harga asal. Setiap helai akan ditambah RM   
     2.00. Contoh RM 7 (2 Helai), RM 9 (3 Helai) & begitulah seterusnya.
     Harga Biasa/Asal:
     RM 55.00 (Semenanjung Malaysia)
     RM 60.00 (Sabah @ Sarawak)

3.  Pastikan PM segala tempahan dari pelanggan anda.

4. Dapatkan pengesahan stok dari kami dahulu sebelum pelanggan membuat pembayaran (Bilangan stok boleh rujuk album Baju Muslimah SIC “2013”). https://www.facebook.com/media/set/?set=a.502215159837880.1073741828.502209616505101&type=3

5. Setiap pembayaran yang dibuat mesti disertakan bukti pembayaran @ pihak agen perlu maklumkan segera kepada pihak B'P!NKY berkaitan pembayaran yang di buat.

6.  Setelah pembayaran di buat, tolong PM kami maklumat berikut:
i) Nama agen:
ii) Nama Penuh Pelanggan:
iii) Kuantiti/saiz baju:
iii) Alamat
iv) No. Tel.

7.  Kami akan terus copy paste maklumat yang di beri. Jadi pastikan tiada sebarang kesilapan alamat berlaku. Sekiranya kesilapan alamat berlaku di pihak agen, maka agen perlu menanggungnya, tapi jika berlaku di pihak kami, kami yang akan menanggung gantirugi nanti

8. Kos penghantaran di tanggung sepenuhnya oleh pihak B'P!NKY. Baju yang telah di beli tidak boleh di tukar. 

9. Pihak kami berhak menggugurkan keahlian dropship sekiranya tiada kejujuran sepanjang urusniaga.

10. Kepada ejen dropship yang telah daftar, tetapi tidak aktif dalam masa 1 BULAN. Secar automatik nama anda terkeluar sebagai ajen di B'P!NKY Islamic Fashion.

11. Jika bersetuju untuk jd agen bagi maklumat seperti berikut:
i) Nama Penuh Agen:
ii) Alamat:
iii) No. Tel.
iv) No. Akaun (Nama)

12. Pembayaran di buat ke akaun Maybank. (Sy akan PM bila setuju menjadi agen)

13. Syarat-syarat mungkin boleh berubah dari semasa ke semasa.

14. Jika ada pertanyaan boleh terus PM @ SMS pihak B'P!NKY.

Terima Kasih :)

Thursday, February 28, 2013

Rezeki Itu dari-Nya

Bismillah... Assalamualaikum... & Selamat Pagi :)
 
Hairan betul bila ada Hamba Allah tanya, boleh hidup ke dengan berniaga cam nie? Tanya bukan sekali, bukan dua.. tapi berkali2 duk tanya soalan sama. Bukan sorang yg tanya, bbrp org yg tanya. Apa yg sy tengok, rasa & alaminya, Alhamdulillah selama 25 tahun saya hidup dgn hasil drp perniagaan kedai runcit & kedai kopi ayah & emak sy, tak pernah pulak sy kelaparan, meminta2 & berhutang dgn org lain utk beli makanan. Kalau hidup sentiasa bersyukur dgn rezeki yg diberikan.. wang RM 100 pun kita rasa mcm RM 1000. Tapi bila sentiasa fikir duit RM 1000 pun tak cukup & buat mcm RM 100, ada RM 10,000 pun akan tetap berasa tidak cukup. KIta akan bahagia kalau kita sentiasa bersyukur. Pada Hamba Allah 2, di harapkan semoga berubahlah untuk berfikiran positif. Bukan hanya dgn bekerja makan gaji, jawatan besar menunjukkan kita bahagia & kaya. Kalau masih ada masyarakat yg berfikiran mcm nie, siapa yg ingin bekerja sebagai buruh, tukang sapu @ pekerjaan seangkatan dgnnya. Jika tak ada mereka, rasanya tak adalah bangunan yg dibangga-banggakan sekarang nie. Sampah juga bertaburan kerana tidak ada yg ingin memungutnya, sedangkan tong sampah sudah disediakan. Sememangnya manusia mmg suka bertanya perkara yg menjatuhkan kita di depan org spy kita malu. Mrk juga suka menyindir & bercakap sinis di depan org. Niat di hati mrk AKU pun tak tahu apa. Apa yg di lihat, mrk suka dgn bercakap hal2 yg menyakitkan hati org.. yg ptg mrk puas & gembira. Biar org lain berduka diatas kegembiraan mrk.

Aku yakin rezeki ada dimana-mana, krn rezeki itu ALLAH yg bagi. Bukan manusia yg tentukan tahap rezeki yg akan kita dapat. 


Saturday, February 2, 2013

GEMAR Malaysia

Bismillah...

GEMAR Malaysia sedang mengadakan kempen menutup aurat. Ingin tahu apa aktiviti yang dilakukan bolehlah like page GEMAR Malaysia http://www.facebook.com/gemarmalaysiaofficial?ref=ts&fref=ts

JOM PAKAT LIKE PAGE GEMAR MALAYSIA :)

GERAKAN MENUTUP AURAT ANTARABANGSA

Apa yang anda boleh lakukan:-

1. Cetak mana-mana poster yang terdapat didalam page ini. eloknya dalam keadan berwarna
2. Cari kawasan yang mempunyai monumen/tanda nama kawasan/ bangunan yang menarik dan dikenali.
3. Ambil gambar anda memegang poster ini dengan bangganya.
4. Poskan gambar tersebut ke dalam fanpage ini.

Page: http://www.facebook.com/gemarmalaysiaofficial

Alhamdulillah, anda telah membantu dalam kempen ini. pihak kami akan cuma untuk mengumpul 1000 keping gambar bagi membantu menyebarkan kempen ini.


Gemar Malaysia
Cintaku untuk-Mu
Alhamdulillah, dah siap merekabentuk 9 design untuk Button Badge sempena kempen GEMAR Malaysia. Dibuka untuk tempahan sekarang. Harga tetap RM 1 setiap satu. Kepada sesiapa yang berminat boleh PM pihak kami untuk urusan selanjutnya.

Kami juga mengalu-alukan kepada pihak yang ingin menyumbang (baik dari segi kewangan, material, tenaga, mahupun idea) bagi membantu kami meyebarluaskan kempen ini.


Ayat di atas copy dari page GEMAR Malaysia :)

Button Badge
.

Wednesday, January 30, 2013

Bila Orang Lain Yang Dilebih-Lebihkan....

Bismillah,  Assalamualaikum...

Sememangnya.. "Menjaga tepi kain org" banyak maksudnya... bergantung pada kita yg menilainya. Ada yg ckp menjaga tepi kain org baik, & ada yg sebaliknya. 

Petikan maksud di bawah nie di ambil dari Santai Sihat:

Menjaga Tepi Kain Orang Lain:
Suatu amalan yang baik dan bertanggungjawab. Inilah amalan yang sememangnya dilakukan oleh masyarakat dahulu yang dikategorikan sebagai kerjasama & saling membantu antara satu sama lain. Dalam ajaran Islam, amalan ini di suruh praktikkan @ hayati di dalam masyarakat iaitu terangkum di dalam suruhan melakukan perkara makruf dan mencegah kemungkaran.

Jangan Menjaga Tepi Kain Orang Lain:
Simpulan bahasa ini sebenarnya ditujukan kepada orang yang lebih sibuk dengan hal orang lain @ kelemahan orang lain tetapi mengabaikan urusan sendiri yang sepatutnya diselesaikan. Rangkaikata tersebut sebenarnya lain yang disebut lain yang dikehendaki. Maksud yang dikehendaki ialah 
"Jangan Menggangu Tepi Kain Orang Lain"

Menjaga tepi kain org itu baik.. ini bermakna kita simpati & mengambil berat ttg keadaan org yg ada di sekeliling kita. Tapi Kalau sampai kain sendiri yg terkoyak msh tidak perasan sshlah. Diri sendiri juga yg malu..... Bukan apa banyak sgt masa diluangkan kpd keluarga org lain berbanding dgn keluarga sendiri. :P Nnt org lain dah berubah, diri sendiri yg masih terkapai2.. :)

Sunday, January 20, 2013

TELEKUNG VIETNAM

Bismillah...

Selain daripada baju muslimah dari (Sinar Inspirasi), tudung, stokin, kerongsang, inner, skirt & sarung lengan, Alhamdulillah.... B'P!NKY juga telah menambahkan produk jualan iaitu 'Telekung Vietnam'. Harga yang di tawarkan InsyaALLAH berpatutan.

Material:
1) Kainnya tebal & lembut
2) Sangat selesa & sejuk bila memakainya
3) Kainnya mempunyai tali supaya mudah untuk dikemaskan
4) Kepalanya juga mempunyai tali

Sebelum saya menjualnya, semua barang yg dinyatakan di atas telah sy cuba terlebih dahulu. Jika saya yakin dengan kualitinya baru saya menjualnya. Tapi kadang-kadang bergantung kepada pelanggan kerana tidak semua sependapat. Ada yang kata sesuai sangat, tapi kadang-kala ada yg kata sebaliknya. Walaubagaimanapun... Alhamdulillah sebelum sy menjual secara online, sy telah menjualnya dari rumah ke rumah... Syukur ramai yg cakap kain telekung vietnam selesa dipakai. Jika ada yg berminat bolehlah PM sy di FB Inspirasi Cintaku @ jemput like di page B'P!NKY Islamic Fashion.

Terima Kasih :)





RM 75 (TERMASUK POS)

























































RM 75 (TERMASUK POS)
RM 75 (TERMASUK POS)
CONTOH PINGGANG KAIN