Sunday, August 30, 2015

BAJU T-SHIRT KAIN COTTON

BAJU T-SHIRT KAIN COTTON

T-shirt diperbuat daripada pelbagai jenis material atau bahan yang berbeza-beza mengikut kegunaan pakaian tersebut. Samada untuk casual, sukan dan sebagainya. Material juga memaninkan peranan terhadap keselesaan dan kualiti pakaian.

Di bawah antara kain cotton yang digunakan untuk baju Muslimah4u & Baju Sinar Inspirasi Collection.
 
1) Cotton 100%
Kain dari jenis 100% Cotton merupakan kain yang paling mendapat permintaan tinggi dan kain dari jenis 100% cotton ini sesuai untuk pelbagai kegunaan, aktiviti indoor mahupun outdoor dan sesuai dipakai setiap masa dan bila-bila masa sahaja. Kain dari jenis ini mudah meresap peluh dan selesa dipakai. Fabriknya lebih lembut berbanding kain jenis tetra cotton (campuran cotton). Memandangkan ianya 100% cotton, ianya lembut dan kualiti kain dan ketahanan bergantung pada tebal kain. Kain jenis 100% cotton yang lebih tebal biasanya lebih tahan lasak. Kain jenis ini didatangkan dalam dua jenis iaitu Cotton Biasa dan Cotton High Grade.

2) Cotton Interlock
Kain jenis Cotton Interlock adalah kain yang mempunyai kualiti yang tinggi dan baik. Kain jenis ini lebih tebal berbanding kain jenis lain tetapi kain cotton interlock adalah lebih lembut dan tidak panas walaupun ianya lebih tebal. Kain ini sesuai dipakai samada untuk indoor atau outdoor. Sangat sesuai untuk tshirt formal dan berkolar. Bagi yang mementingkan keselesaan dan kualiti, anda perlu melilih kain jenis ini.




 

VENDOR BSE



Sambil shopping, sambil restock ROCKSOX. Selain barang keluaran Butik BSE. Terdapat pelbagai barang lain dari Vendor seperti Jubah, Purdah, Stokis & lain-lain.

Kalau yang ada kat Kelantan boleh datang shopping kat butik BSE :)

Tempahan baju pengantin pun ada :)


Saturday, August 29, 2015

KETAT KE !



Ada yang minat nak pakai jubah, tapi risau kalau badan comel takut ketat. :)

Untuk yang berbadan gempal, jubah A Cut sesuai. Kembang bahagian bawah. Jadi, bila pakai tak nampak susut tubuh. Nampak comel jee.. :)

Lagi satu, kalau pakai jubah sudah tentu kena pakai alas/skirt kat dalam. Tak kira warna terang @ warna cerah.

Ok.. itu jelah dulu nak cerita hihiiii.       

Saturday, May 30, 2015

Rock Handsocks Jannah 3.0 Pastel

Rock Handsocks untuk koleksi raya 2015

KEISTIMEWAAN

✿ Longgar
✿ Tidak Melekap
✿ Selesa
✿ Tidak Ketat
✿ Ekslusif


ROCKHANDSOCKS JANNAH 3.0 PASTEL

Material : High Quality Lycra.

Size : Free size (fit s to l).

>> Design crystal mungkin tidak sama dengan gambar bergantung kepada stok.



Boleh juga singgah di page:
B'pinky Islamic Fashion
Ig: nabilah_onlineshop


Selain Rock Handsocks ada lagi barang jualan yang lain. Dropship juga dibuka untuk anda yang berminat menambah pendapatan.

Wednesday, May 6, 2015

Lyrics May Dari Kaca Mata‬

Dari kacamata aku melihat
Pelbagai watak yang dilakunkan
Oleh manusia yang berperanan
Di pentas dunia sandiwara
 
Ada yang sungguh gembira
Ada yang memilukan

Dari kacamata aku melihat
Setiap insan di dunia
Meniti kisahnya dengan perasaan
Dalam arena penghidupan

Pelbagai dugaannya di dunia yang fana

Walau apa dilakukan
Oleh setiap manusia
Pasti mendapat balasan
Dari yang Maha Esa..


Monday, May 4, 2015

PANTAI YANG INDAH

PANTAI 
 
Kalau dulu, datang terus ke pantai,
Tapi kini, hanya batu yang kelihatan,
Hanya melihat jauh dari pandangan.
Bunyi ombak sangat mendamaikan.

Angin bertiup, membuat jiwa rasa tenang,
Hilang segala masalah yang datang,
Membuat diri menjadi riang,
Rasa hati tidak mahu pulang.




Wah bestnya kalau dapat berenang. :)

Wednesday, April 8, 2015

ADA APA DENGAN WARNA ???

Setiap warna mesti akan di kaitkan dengan perwatakan dan sebagainya. Ini antara maksudnya :D

PINK 
>> Warna yang simbolik kepada kehangatan dan emosi. Dan pada masa yang sama mempamirkan kelembutan dan memberi ketenangan. Pink atau merah jambu ialah warna kasih sayang. Ia turut memberi kesan keanak-anakan dan keceriaan  :)

Ini warna kegemaran saya hihii


UNGU 
>>> Warna ungu ialah warna spiritual dan misteri. Ia mampu menarik perhatian dan memberi kesan sensasi, feminin, anggun dan kehangatan. Warna ungu yang lebih gelap boleh memacarkan kekuatan dan menambahkan eleman fantasi, imaginasi dan kreativiti.


BIRU
>>> Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.


HITAM
>>> Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna malam, ilmu hitam dan elegen.Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang yang kurang berani tetapi suka menampakkan dirinya hebat.