Saturday, August 29, 2015

KETAT KE !



Ada yang minat nak pakai jubah, tapi risau kalau badan comel takut ketat. :)

Untuk yang berbadan gempal, jubah A Cut sesuai. Kembang bahagian bawah. Jadi, bila pakai tak nampak susut tubuh. Nampak comel jee.. :)

Lagi satu, kalau pakai jubah sudah tentu kena pakai alas/skirt kat dalam. Tak kira warna terang @ warna cerah.

Ok.. itu jelah dulu nak cerita hihiiii.       

Saturday, May 30, 2015

Rock Handsocks Jannah 3.0 Pastel

Rock Handsocks untuk koleksi raya 2015

KEISTIMEWAAN

✿ Longgar
✿ Tidak Melekap
✿ Selesa
✿ Tidak Ketat
✿ Ekslusif


ROCKHANDSOCKS JANNAH 3.0 PASTEL

Material : High Quality Lycra.

Size : Free size (fit s to l).

>> Design crystal mungkin tidak sama dengan gambar bergantung kepada stok.



Boleh juga singgah di page:
B'pinky Islamic Fashion
Ig: nabilah_onlineshop


Selain Rock Handsocks ada lagi barang jualan yang lain. Dropship juga dibuka untuk anda yang berminat menambah pendapatan.

Wednesday, May 6, 2015

Lyrics May Dari Kaca Mata‬

Dari kacamata aku melihat
Pelbagai watak yang dilakunkan
Oleh manusia yang berperanan
Di pentas dunia sandiwara
 
Ada yang sungguh gembira
Ada yang memilukan

Dari kacamata aku melihat
Setiap insan di dunia
Meniti kisahnya dengan perasaan
Dalam arena penghidupan

Pelbagai dugaannya di dunia yang fana

Walau apa dilakukan
Oleh setiap manusia
Pasti mendapat balasan
Dari yang Maha Esa..


Monday, May 4, 2015

PANTAI YANG INDAH

PANTAI 
 
Kalau dulu, datang terus ke pantai,
Tapi kini, hanya batu yang kelihatan,
Hanya melihat jauh dari pandangan.
Bunyi ombak sangat mendamaikan.

Angin bertiup, membuat jiwa rasa tenang,
Hilang segala masalah yang datang,
Membuat diri menjadi riang,
Rasa hati tidak mahu pulang.




Wah bestnya kalau dapat berenang. :)

Wednesday, April 8, 2015

ADA APA DENGAN WARNA ???

Setiap warna mesti akan di kaitkan dengan perwatakan dan sebagainya. Ini antara maksudnya :D

PINK 
>> Warna yang simbolik kepada kehangatan dan emosi. Dan pada masa yang sama mempamirkan kelembutan dan memberi ketenangan. Pink atau merah jambu ialah warna kasih sayang. Ia turut memberi kesan keanak-anakan dan keceriaan  :)

Ini warna kegemaran saya hihii


UNGU 
>>> Warna ungu ialah warna spiritual dan misteri. Ia mampu menarik perhatian dan memberi kesan sensasi, feminin, anggun dan kehangatan. Warna ungu yang lebih gelap boleh memacarkan kekuatan dan menambahkan eleman fantasi, imaginasi dan kreativiti.


BIRU
>>> Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.


HITAM
>>> Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna malam, ilmu hitam dan elegen.Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang yang kurang berani tetapi suka menampakkan dirinya hebat.




Saturday, April 4, 2015

LOVE ROCKSOX

Aktiviti di petang hari :D

Marilah bergambar hihii



PARADIGMA

Paradigma bermaksud bagaimana seseorang itu berfikir kemudian apakah respon emosi kita terhadap apa yang berlaku dan apakah tindakan seharian kita.

Bolehkah paradigma disamakan dengan nafsu?
 
Manusia mempunyai akal, hati dan nafsu. Jika kehidupan kita nafsu menjadi pemandu, akal jadi konduktor dan hati jadi penumpang maka rosaklah kehidupan seseorang. Akal yang bijak tetapi tidak beriman maka nafsu yang mengawal akal maka rosaklah kehidupan kita.

Tetapi jika kehidupan seseorang itu bergantung kepada keimanan yang menjadi pemandu, akal menjadi konduktor dan nafsu menjadi penumpang, berjayalah kehidupan kita. Maka bawalah nafsu ke arah yang betul.

Dipetik dalam buku: Celik Mata dan Jiwa (Dr. Muhaya Hj Mohamad)
‪