Monday, May 4, 2015

PANTAI YANG INDAH

PANTAI 
 
Kalau dulu, datang terus ke pantai,
Tapi kini, hanya batu yang kelihatan,
Hanya melihat jauh dari pandangan.
Bunyi ombak sangat mendamaikan.

Angin bertiup, membuat jiwa rasa tenang,
Hilang segala masalah yang datang,
Membuat diri menjadi riang,
Rasa hati tidak mahu pulang.




Wah bestnya kalau dapat berenang. :)

Wednesday, April 8, 2015

ADA APA DENGAN WARNA ???

Setiap warna mesti akan di kaitkan dengan perwatakan dan sebagainya. Ini antara maksudnya :D

PINK 
>> Warna yang simbolik kepada kehangatan dan emosi. Dan pada masa yang sama mempamirkan kelembutan dan memberi ketenangan. Pink atau merah jambu ialah warna kasih sayang. Ia turut memberi kesan keanak-anakan dan keceriaan  :)

Ini warna kegemaran saya hihii


UNGU 
>>> Warna ungu ialah warna spiritual dan misteri. Ia mampu menarik perhatian dan memberi kesan sensasi, feminin, anggun dan kehangatan. Warna ungu yang lebih gelap boleh memacarkan kekuatan dan menambahkan eleman fantasi, imaginasi dan kreativiti.


BIRU
>>> Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.


HITAM
>>> Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna malam, ilmu hitam dan elegen.Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang yang kurang berani tetapi suka menampakkan dirinya hebat.




Saturday, April 4, 2015

LOVE ROCKSOX

Aktiviti di petang hari :D

Marilah bergambar hihii



PARADIGMA

Paradigma bermaksud bagaimana seseorang itu berfikir kemudian apakah respon emosi kita terhadap apa yang berlaku dan apakah tindakan seharian kita.

Bolehkah paradigma disamakan dengan nafsu?
 
Manusia mempunyai akal, hati dan nafsu. Jika kehidupan kita nafsu menjadi pemandu, akal jadi konduktor dan hati jadi penumpang maka rosaklah kehidupan seseorang. Akal yang bijak tetapi tidak beriman maka nafsu yang mengawal akal maka rosaklah kehidupan kita.

Tetapi jika kehidupan seseorang itu bergantung kepada keimanan yang menjadi pemandu, akal menjadi konduktor dan nafsu menjadi penumpang, berjayalah kehidupan kita. Maka bawalah nafsu ke arah yang betul.

Dipetik dalam buku: Celik Mata dan Jiwa (Dr. Muhaya Hj Mohamad)
‪

Tuesday, March 24, 2015

MOTIVASI & KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri.. sekejap yakin, sekajap tak yakin.. Macam saya, kadang-kadang tiada keyakinan diri. :D

Bagaimana mengatasinya?   

Baca perkongsian dari -IK-

 Salah satu kunci kejayaan adalah yakin dengan diri kita sendiri. Namun, masalahnya, ramai juga yang tidak mempunyai keyakinan diri.

"Pertama sekali, berkeyakinan tinggi bukan bermaksud perlu menjadi riak, sombong atau dilihat takbur. Keyakinan diri ertinya dalam diri sendiri mempunyai perasaan yakin. Tidak perlu pula “over confident” sehingga menunjuk-nunjuk dan memberi persepsi yang negatif pula kepada orang lain."

Berkeyakinan tinggi adalah perasaan “saya boleh” dalam diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara itu. Bezannya dengan mereka yang tidak yakin adalah, mereka yang tidak yakin akan teagak-agak melakukan suatu, fikir diri tidak layak menghasilkan sesuatu, sering fikir gagal, berasa malu untuk melakukan sesuatu itu, walaupun ianya dapat membantu diri sendiri mencapai kejayaan.

Mengapa tidak mempunyai keyakinan diri?

http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/mengapa-tiada-motivasi-dan-keyakinan-diri/

KATA-KATA MOTIVASI -IK-







Saturday, August 2, 2014

Projek Prihatin Ramadhan 2014

Asslamualaikum... :)

Kongsi-kongsi aktiviti di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.. tahun ini berkesempatan mengikuti aktivti kebajikan bersama dengan Skuad Kebajikan Bidadari Solehah.

Ini antara aktiviti yang kami lakukan.

 Sesi penyediaan juadah berbuka & bersahur untuk keluarga yang terpilih.

Aktiviti pembahagian juadah, biskut raya, bahan mentah & lain-lain lagi.