Saturday, August 2, 2014

Raya 2014

Assalamualaikum... :)

Jalan-jalan di hari raya..  nie pergi jalan-jalan hari raya ke tau nak gi pergi tonton TV :) Pantang ada TV ada aje cerita nak tengok hihiii..


Sekali nak pergi jalan-jalan rumah kawan.. semua nak ikut.. Dah macam ikan sardin kat dalam kereta :) Yang penting gembira hihii.. Inilah keadaannya.. walaupun tak berapa nak sejuk, yang penting.. enjoy... :D

Inilah semua ada saudara... anak saudara pun lebih tinggi dari mak saudara. Hihii.. Yang tinggi tu tengok apa entah... :)



Ini pula pergi jalan-jalan rumah kawan (Farah)... Tapi kawan tak masuk bergambar, dia duk kat dapur masa nie.. Sambil menunggu.. bergambar kejap hihii..


Tahun nie paling banyak pergi jalan-jalan.. Tapi ini jelah gambar yang sempat ambil :)

Tata titi tutu... :) Jom jalan-jalan lagi..



Saturday, February 8, 2014

Kraftangan Felt "09-02-14"

Assalamualaikum....

Sesi jom buat sendiri... :) Alhamdulillah... 10 pasang brooch bunga rose  di tempah untuk diberi kepada kawan--kawan. Semoga semua berpuashati.




Keychain LOVE nie dalam proses untuk disiapkan. Dah siapkan 10, tetapi sudah habis di beri percuma pada pelanggan yang membuat  pembelian baju muslimah. Ada  yang diberi pada mak, kak, anak saudara & kawan :D

Sekarang nak buat untuk jualan pulak. Nampak senang, tapi lengoh tangan nak jahit & masukkan kapas kat dalamnya hihii... mungkin sebab benda nie kecil. Tapi bila siap, rasa puas hati. Bila orang suka & sangkut di HP, beg & lain-lain.. lagi rasa suka hati. :)


Hanya sedikit untuk perkongsian :)

Terima kasih :)

Tuesday, December 24, 2013

Seminar Magnet Jualan

Assalamualaikum...


Malam nie rasa nak berkongsi ilmu baru yang diperolehi oleh guru niaga :)


Kenapa bisnes gagal ????


Kenali 3 jiwa yang ada :

1) Pengusaha (10%) - Hidup masa akan datang

2) Pengurus (20%) - Hidup masa lampu

3) Pembuat (70%) - Orang yang berada di dalam (gagal)


Kadang-kadang saya sendiri pun tidak tahu.. saya berada kat jiwa mana hihii


Tahu buat produk, tidak bermakna tahu berniaga !


1) Mentaliti

~ Ramai orang fikir nak berniaga mesti tahu buat produk.


Ego = 1 / Knowlegde


0.1   = 1/10     = Ego tinggi, elmu rendah (Rasa diri hebat sangat)

0.01 = 1/100   = Ego rendah, elmu tinggi (Rasa ilmu sentiasa tidak cukup)


2) Kawan

i) Modal ilmu

ii) Modal Pengalaman

iii) Modal ihsan / kepercayaan

iv) Modal sosial - Berapa ramai orang yang kenal kita, bukan kita kenal orang.


3) Cara Kerja

~ Fahami secara jelas

# Tak ada ilmu

# Tak faham apa yang dibuat


Contoh, nak cuba kot-kot jadi

- Dalam bisnes perlu buat betul


(Masa dengar.. betul-betul kena atas batang hidung heheee)


~ Tak ada guru

~ Tak ada sistem

 

4) Elmu

~ Kalau ke kelas / seminar kosongkan otak supaya ilmu yang diperolehi mudah dihadam. Otak yang kosong akan diisi dengan ilmu baru. 

 

 

Contoh, datang dengan otak kosong... memudahkan kita untuk dapatkan ilmu baru. Ilmu akan masuk, masuk & terus masuk. Tetapi sebaliknya, jika kita pergi dengan ilmu yang penuh didada. Kita akan mudah bosan & merasa kita sudah tahu segala-galanya. Akhirnya otak kita tak dapat terima apa ilmu yang disampaikan... :)


Sekian dulu.. hehee... Terima kasih sudi membaca ;)

Monday, December 23, 2013

FORMULA B-A-S-I-T

Assalamualaikum... pada 21/12/13 (Sabtu) dapat berguru dengan Tuan Abdul Basit yang baru berusia 24 tahun.. tetapi sudah mempunyai 7 buah syarikat :)

 

Pelbagai ilmu yang di ajar antaranya:

 

FORMULA B-A-S-I-T

 

Apa itu Fomula B-A-S-I-T ??? Tak pernah dengan pun hehee... Jom baca seterusnya.. saya kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari beliau...


B = Berguru

i) Dengan individu yang TERBUKTI BERJAYA
~ Belajar dengan orang yang terbukti berjaya kerana beliau akan mengajar kita langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan sepertimana yang beliau kecapi.

~ Cari sekurang-kurangnya 10 orang guru.

 

ii) Guru Gagal

~ Beliau akan menceritakan kegagalan beliau. Daripada cerita yang diberitahu, sekurang-kurangnya kita belajar & tidak melakukan kesilapan yang sama.

 

iii) Guru di Facebook

~ Perkenalkan diri, puji guru & baru nyatakan apa yang kita inginkan daripada beliau. Jangan terus dengan tujuan kita kerana mereka tidak mengenali kita. Orang tidak suka bercerita dengan orang yang mereka tidak kenali.

 

"ELAKKAN KENYATAAN - MENTANG-MENTANG DAH BERJAYA SOMBONG DAH SEKARAN" bagaimana kita tahu seseorang itu sombong ???

~ Cari yang dalam industri yang sama. Jangan nanti minat menjahit.. tetapi berguru dengan tukang masak hihihii ;)

 

A = Adab / Sikap

~ Sepertimana yang diterangkan di atas :)

S = Strategi

Cuba selesaikan teka-teki "Bagaimana cara nak masukkan gajah dalam peti ais"??? 

~ Apa yang kita nampak di depan, membuat apa yang kita fikir.

~ S - O - P = 

S = Standard

O = Operation

P = Procedure

 

~ Buat apa yang ditulis, tulis apa yang dibuat

~ Cara kerja biasa

~ Apa yang kita tahu, tapi tak tulis = kita mudah lupa :) - skill boleh di pindah

 

Contoh, KFC = Ayat yang digunakan oleh pekerja adalah sama untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

I = Iman / Istiqomah
~ Jelas apa yang kita mahu
~ Yakin & sentiasa meminta dari Allah S.W.T

~ Jangan terlalu mengharapkan kepada manusia

T = Tindakan
~ Lakukan "Tindakan 2%"
~ Tidak semua orang mampu untuk memulakan 100% tindakan.. jadi mulakan dengan peratusan yang sedikit

Sekadar berkongsi apa yang diberi oleh guru ;) Semoga anda berjaya dunia & akhirat:)

Terima Kasih :)

Sunday, December 22, 2013

TEORI EMPANGAN

Assalamualaikum... :)

Siapa pernah dengar TEORI EMPANGAN ?


Menghasilkan satu empangan memerlukan strategi & perancangan. Dimana sesebuah empangan memerlukan saluran (paip) yang baik. Tanpa saluran.. air tidak dapat mengalir dengan baik. Nisbah untuk empangan tersebut rosak adalah tinggi.

Sekiranya empangan rosak... ia akan menyebabkan kos untuk baiki semula adalah tinggi.

Apa kaitan empangan dengan perniagaan ?
Empangan adalah umpama kedai @ kilang. Saluran adalah pelanggan & tempat. Sekiranya kita membuka kedai tanpa ada pelanggan, ia akan menyebabkan kita mengalami masalah. Antaranya lebihan stok, masalah kewangan & lain-lain. Tetapi jika sudah ada pelanggan sebelum kedai di buka.. perniagaan yang dijalankan adalah lebih baik ;)

Pesanan guru:

Daftar sebagai EJEN DROPSHIP adalah lebih baik untuk anda yang ingin mencuba kerana ia TIDAK MEMERLUKAN MODAL & TIDAK PERLU SIMPAN STOK. ;)

Terima kasih.. semoga anda kaya & berjaya dunia & akhirat :)


Wednesday, December 18, 2013

TESTIMONI NORAZMAN 40kg Turun Berat Badan


Tenaga Luarbiasa
------------------

Alhamdulillah, petang cuaca baik...layan jogging sekejap dan buat senaman ringan...kalau dulu saya memang elergik kalau kena suruh berlari. Lutut la alasan utama saya, tapi memang sakit...nak buat camana, badan besar kaki kecik....

Sekarang amat berbeza dari segi tenaga, walaupun belum dapat berat badan yang ideal tapi saya dah boleh buat menda yang memang dulu amat mustahil nak buat. Badan rasa lebih ringan berbanding sebelum ni....hihi...memang ringan la, sebab dah lost lebih 40 kg.

Orang tanya camana saya buat, saya jawab "Guna produk Herbalife sungguh-sungguh, jangan kedekut sebab anda akan rasa sendiri perasaan tu."

Herbalife bukan seperti banyak produk yang saya lihat di pasaran yang promo macam-macam kelebihan tapi hanya pengguna yang dibayar untuk promosi. Herbalife tak bayar saya untuk promosi, tapi saya cerita manfaat yang saya dapat supaya ramai orang boleh guna. Bukan stakat untuk kurus sahaja tapi untuk performance atau prestasi. Duta bukan dari kalangan artis ternama tapi dari kalangan atlet atau ahli sukan bertaraf dunia yang memang perlukan prestasi dalam bidang mereka...

Anda dah shake hari ni...? Kalau belum dan cuba, meh terai ngan saya, saya ajar cara saya turun berat serta dapat energi dan prestasi....

 

Perkongsian:
Norazman Md Noh
Pengamal Nutrisi

TESTIMONI PAK CIK ISMAIL

Saja nak share, pakcik ni umur 75 tahun, anak 9 orang, jalan naik tangga guna tongkat, dia cerita dia memang tak percaya pasal herbalife langsung, dia hanya percaya ubat doktor hospital bagi. Tapi penyakit dia tak baik pun. Katanya dah lama makan ubat.

Tapi lepas anaknya bagi nutrisi, dia pergi cek doktor, doktor kata kolestrol dia ok, gula dia ok, dia pun pelik, dia datang ke kelab kami kongsi testimoni dia dan dia bagitau semua orang mesti makan nutrisi ni...semua orang kalau nak sihat....sebab dia rasa sendiri. Menurut anaknya beliau masih boleh berkebun hingga sekarang....

Subhanallah, luarbiasa testimoni Pakcik Ismail ni....

Perkongsian:
Norazman Md Noh
Pengamal Nutrisi Kuala Kangsar