Sunday, August 4, 2013

POPIA JE..

Assalamualaikum...

Melihat persiapan raya kawan-kawan.. perghhh... bukan main lagi. Daripada persiapan baju raya, kasut, beg & tak lupa juga hidangan untuk di sajikan.. Bukan main meriah lagi.  Kalau yg buat sendiri lagi seronok. Sekurang-kurangnya ada juga hidangan dari air tangan sendiri. Tak adalah semuanya beli hehee....

Tapi, kalau saya memang beli :P Yang saya pandai pun popia jee... huhuu... itu pun buat time rajin hihii.... Popia, kalau beli yg dah siap, boleh tahan juga harganya sbb serunding pun dah mahal ditambah dgn kulit popia & lain lagi.. Nak siapkan 1 plastik kulit popia pun sampai lengoh2 tangan.. siap tertidur lagi... Jadi bayangkan peniaga yg membuatnya dgn kuantiti yg banyak.

Biasa, kalau beli kat kedai.. serunding ikan sbb harga serunding ikan lebih murah berbanding dgn serunding lain. Tapi sbb nak makan sendiri & buat sendiri.. jadi sy juga serunding daging sbb orang cakap popia daging lagi best, terutama kalau serunding daging tempatan. Bila makan, memang rasa serundingnya... blhlah letak banyak2 dlm kulit popia hihii...

Inilah bahan-bahannya. Untuk lebih kemas, sapukan kuning telur.

Inilah hasilnya setelah siap digulung.

Minyak mesti betul-betul panas.

Inilah hasilnya yang telah siap untuk di makan.


Saturday, August 3, 2013

TANDA-TANDA GASTRIK!

TANDA-TANDA GASTRIK!

Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:

~ Sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut.

~ Rasa pening kepala.

~ Mengalami masalah angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.

~ Muntah.

~ Badan rasa lemah lesu.

~ Berat badan menurun.

~ Najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah).

Penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis boleh dirumuskan sebagai:

1) Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

2) Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3) Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.

Tak sangka bahaya juga gastrik nie..
Rasa mcm biasa, jika dibiarkan berlarutan.. akan memberi kesan negatif... 

Thursday, August 1, 2013

COMBO RM 100

Koleksi TERBARU dari Sinar Inspirasi Collection


Setiap pembelian akan diberikan PERCUMA Keychain ++




Friday, June 21, 2013

DROPSHIPPING V DROPSHIPPER

Kami mulakan Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 


Assalamualaikum.. Terima Kasih dari pihak B'P!NKY kerana anda sudi bertanya & berminat untuk menjadi agen di B'P!NKY :)

Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan untuk memperkembang perniagaan online. Salah satu cara adalah dengan menyediakan peluang dropship bagi mereka yang ingin menjual TANPA mengeluarkan modal dan tanpa menyimpan barang. 

Dropshipping boleh dikatakan sebagai perniagaan anda sendiri iaitu yang berkonsepkan pesanan dan pengeposan.

Contoh:
Harga Baju Sinar Inspirasi Collection:
Harga Pasaran RM 50 + RM 6 / RM 10 (Kos Penghantaran). Pembeli akan membayar kepada anda harga keseluruhan baju tersebut RM 55 (Semenanjung Malaysia) / RM 60 (Sabah/Sarawak). Malah, anda bebas untuk menaikkan harga jualan supaya keuntungan anda bertambah.

Kemudian anda memaklumkan kepada dropshipper / supplier untuk membeli baju yang ditempah oleh pelanggan anda. Komisen yang anda dapat untuk sehelai baju RM 5. Anda mungkin akan dapat lebih jika time promosi dijalankan.


Maklumat seperti nama/alamat/no.tel yang telah anda berikan semasa mendaftar sebagai ejen, akan digunakan di borang kurier. 

Jika pelanggan anda mahu membuat tembahan seterusnya, maka dia akan hubungi anda kerana no. tel anda telah tertera pada borang kurier. Pelanggan anda juga tidak akan tahu bahawa anda menjalankan perniagaan secara dropshipping. Jadi, anda TIDAK PERLU RISAU pelanggan anda dicuri oleh dropshipper. 

Selepas pengeposan, B'P!NKY Islamic Fashion akan memberikan anda tracking number dan anda perlu berikan kepada pelanggan supaya mereka tidak tertanya-tanya dengan status tempahan mereka.

Apa yang penting, anda perlulah memaklumkan kepada B'P!NKY Islamic Fashion selepas selesai urusan pembayaran. Maklumat berkaitan pelanggan perlu diberi dengan lengkap supaya mudah untuk proses penghantaran. Jika berlaku kesalahan berkaitan maklumat yang diberikan, pihak dropshipping yang perlu bertanggungjawab. Tetapi jika kesalahan berlaku di pihak B'P!NKY, pihak B'P!NKY yang bertanggungjawab.

Barang biasanya akan di pos dalam 2 kali seminggu iaitu pada hari ahad dan rabu sahaja. Barang akan di pos menggunakan POS LAJU sahaja. Barang biasanya akan sampai dalam masa 2 @ 5 hari bergantung pada jarak tempat.

Anda pula telah mendapatkan KEUNTUNGAN atas angin secara MUDAH, PANTAS dan TANPA MENGELUARKAN MODAL!

::. TERIMA KASIH .::


Friday, May 10, 2013

"PEMENANG SEMPENA HARI PEKERJA"

Bismillah,  Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Nama pemenang untuk peraduan sempena CUTI HARI PEKERJA telah ada. Tahniah B'pinky Islamic Fashion ucapkan kpd pemenang & TERIMA KASIH kpd yg sudi menyertai peraduan ini. Yang tidak berjaya boleh mencuba peraduan "Like, Share & Komen". Peraduan tersebut akan berakhir pada 31/05/13.
Terima Kasih :)

 


Sunday, March 10, 2013

Like, Share, Comment & Win :)

♥ Kami mulakan Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ♥


Sebagai PENGHARGAAN kpd anda, B'P!NKY akan memberi Baju Muslimah @ Kain Pasang (Italian Digital) secara PERCUMA kepada anda.

Syaratnya Sangat MUDAH:
1) Like gambar & Page B'pinky Islamic Fashion
2) Komen "Saya Punya"

Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan B'P!NKY
(Buat Cabutan Bertuah)

Terima Kasih :)


::. Anda CEPAT, Anda DAPAT .::


Monday, March 4, 2013

Agen Dropship B'P!NKY Islamic Fashion


SYARAT-SYARAT AGEN DROPSHIP “B'P!NKY Islamic Fashion”


Kami mulakan Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Assalamualaikum.. Terima Kasih dari pihak B'P!NKY kerana anda sudi bertanya & berminat untuk menjadi agen di B'P!NKY :)
Nama Page: B'P!NKY Islamic Fashion (https://www.facebook.com/pages/Bpinky-Islamic-Fashion/502209616505101)
DROPSHIP adalah satu konsep perniagaan yang tidak perlu mengeluarkan MODAL. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat urusan jual beli dengan pelanggan anda.
SYARAT-SYARAT:

1.  Tiada yuran dikenakan. Pendaftaran adalah percuma 

2.  Sehelai baju yang terjual akan ditolak RM 5.00 dari harga asal. Setiap helai akan ditambah RM   
     2.00. Contoh RM 7 (2 Helai), RM 9 (3 Helai) & begitulah seterusnya.
     Harga Biasa/Asal:
     RM 55.00 (Semenanjung Malaysia)
     RM 60.00 (Sabah @ Sarawak)

3.  Pastikan PM segala tempahan dari pelanggan anda.

4. Dapatkan pengesahan stok dari kami dahulu sebelum pelanggan membuat pembayaran (Bilangan stok boleh rujuk album Baju Muslimah SIC “2013”). https://www.facebook.com/media/set/?set=a.502215159837880.1073741828.502209616505101&type=3

5. Setiap pembayaran yang dibuat mesti disertakan bukti pembayaran @ pihak agen perlu maklumkan segera kepada pihak B'P!NKY berkaitan pembayaran yang di buat.

6.  Setelah pembayaran di buat, tolong PM kami maklumat berikut:
i) Nama agen:
ii) Nama Penuh Pelanggan:
iii) Kuantiti/saiz baju:
iii) Alamat
iv) No. Tel.

7.  Kami akan terus copy paste maklumat yang di beri. Jadi pastikan tiada sebarang kesilapan alamat berlaku. Sekiranya kesilapan alamat berlaku di pihak agen, maka agen perlu menanggungnya, tapi jika berlaku di pihak kami, kami yang akan menanggung gantirugi nanti

8. Kos penghantaran di tanggung sepenuhnya oleh pihak B'P!NKY. Baju yang telah di beli tidak boleh di tukar. 

9. Pihak kami berhak menggugurkan keahlian dropship sekiranya tiada kejujuran sepanjang urusniaga.

10. Kepada ejen dropship yang telah daftar, tetapi tidak aktif dalam masa 1 BULAN. Secar automatik nama anda terkeluar sebagai ajen di B'P!NKY Islamic Fashion.

11. Jika bersetuju untuk jd agen bagi maklumat seperti berikut:
i) Nama Penuh Agen:
ii) Alamat:
iii) No. Tel.
iv) No. Akaun (Nama)

12. Pembayaran di buat ke akaun Maybank. (Sy akan PM bila setuju menjadi agen)

13. Syarat-syarat mungkin boleh berubah dari semasa ke semasa.

14. Jika ada pertanyaan boleh terus PM @ SMS pihak B'P!NKY.

Terima Kasih :)