Thursday, October 31, 2013

KELAS BISNES ON9 PERCUMA

Bismillah

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga nak join kelas bisnes on9 dgn Kak Chik. Walaupun PERCUMA tetapi banyak ilmu yang bermanfaat yang beliau kongsikan. Suami beliau juga sama-sama berkongsi ilmu berkaitan domain & hosting.

Apa yang beliau belajar dari sifu beliau "Dr. Azizan" beliau kongsikan juga pada kami. :)

Perkara utama yang beliau nyatakan "Nak berjaya dalam bisnes MESTI banyak berkongsi" Kongsi bukan sahaja dari segi WANG RINGGIT, tetapi ilmu juga perlu di kongsi.

"JANGAN KEDEKUT @ TAKUT NAK KONGSI ILMU DENGAN ORANG" walaupun kita bagi ilmu yang sama, tetapi tidak bermakna mereka akan dapat melakukan hal yang sama seperti kita lakukan. Masing-masing mempunyai kreativiti. :)

Cth, Tukang jahit mengajar anak muridnya, segala ilmu telah diperturunkan.. persoalannya adakah jahitan yang dilakukan sama sepertimana cikgu yang mengajar.:)


SESI PEMBELAJARAN
SESI PEMBELAJARAN
PELAJAR YANG SERTA KELAS BISNES ON9 FREE

SUKA ke kutuk !

Biasa orang kutuk makan banyak... tapi bila kurang makan nak diet.. ada juga yang mengata... :) Tapi Alhamdulillah.. bila dah dapat hasil yang baik.. ada pulak yg bertanya... Aik cergas sekarang.. g sana g sini.. bukan main aktif lagi.. Badan pun dah nampak kurus/sihat/bertenaga. Amboii.. makin bersemangat nak diet hihii... Biasa tak nak cuba.. skali kena paksa.. terus minum.. bukan apa utk kesihatan diri juga.

Biasa mengeluh.. penat.. buat kerja sikit pun dah mula rasa mengantuk. Tapi dengan Izin-Nya. Mendapat kesihatan yg lbh baik. :)
Semuanya bermula dengan DIRI SENDIRI !

GANGGUAN EMOSI !

Kalau tengok program "Bisikan Hati" sedih juga ya... ketuk orang sesedap rasa. Muka jerawat kutuk... katanya hodoh.. Badan berisi kutuk.. katanya makan banyak.. Kawan-kawan makin hari makin jauh.. tak nak kawan katanya malu... huhu... 


Sebab 2 orang sanggup buat apa shj untuk cantik @ untuk kurus. Kadang-kadang ada yang mengancam nyawa sendiri. Salah satu punca daripada gangguan emosi daripada orang2 sekeliling yang banyak memberi tanggapan negatif daripada memberi sokongan.. huhu..

Salah satu kisah yang lagi menyedihkan bila suami sendiri makin jauh. Katanya bila berjalan bersama-sama, kawan2 yang tak kenal mereka suami isteri.. menganggap isteri adalah kakak... Ini menunjukkan beliau lagi tua dari suaminya. Suami malu & mula marah-marah.

Jadi, jagalah kesihatan & jagalah pemakanan anda. Saya yang dengar orang kena kutuk pun sakit hati.. inikan pula tuan punya diri.