Monday, August 5, 2013

Hari Raya 2013

Assalamualaikum....


Ramadhan akan pergi... entah sempat @ tidak untuk menyambutnya pada tahun depan :( Apa2 pun Alhamdulillah... tinggal sehari sahaja lagi untuk kita sama-sama menyambut bulan Syawal. Tetapi, mood raya masih tak terasa.. huhuuu... Persiapan raya pun tak semeriah dulu. Ditambah pula dgn badan yg tak berapa nak sihat. Tahun lepas demam, tahun nie selesema pulak... sangat tak selesa.. huhu :(

Jemputan kenduri kahwin dari kawan-kawan juga banyak... Harap selesama tak melarat, jadi bolehlah pergi jalan2 ke rumah saudara-mara, kawan2 & guru2. Kalau tak sihat.. memang tidur jelah kerjanya.. huhu... Nak keluar beli hadiah pun dah rasa tak larat & malas..

Jadi, dikesempatan ini... saya ingin MEMOHON MAAF kepada semua yang mengenali saya sekiranya ada:
Terkasar bahasa,
Tersilap bicara,
Termarah yang tak kena,
Tertanya tak tentu hala,
Tersasul yang tak sengaja,
Terpukul kat mana-mana,
Terpekik di telinga,
Terhantuk di kepala,
Terpinjam harta benda,
Termoody tak semena-mena,
Terumpat bila-bila,
Termacam-macam lagi yang kena mengena.

Semoga DIMAAFKAN kerana kamulah kawan saya DUNIA dan AKHIRAT :)





2 comments:

  1. selamat hari raya! ampun maaf kalau ada salah silap k

    ReplyDelete